“Tetap Berkawan”- Ashira Dan Bad Indigo Umum Sudah Bercerai

Hiburan

“Tetap Berkawan”- Ashira Dan Bad Indigo Umum Sudah Bercerai

Penyanyi Ashira dan Bad dari kumpulan Indigo dilaporkan bahawa rumah tangga yang dibina sudah pun berakhir.

Perkara duka itu diumumkan pasangan ini menerusi sebuah hantaran di Instagram, hari ini.

Advertisement

Maklum Bad, penceraian itu merupakan persetujuan bersama dan tetap akan berkawan sampai bila-bila.

Kami sudah capai persetujuan bersama, jadi kami dah sah berpisah tapi tetap berkawan. Kita memang nak berkawan sampai bila-bila.

Manakala bagi Ashira, dia memaklumkan mengenai hal itu kerana enggan orang luar berkata perkara yang tidak benar mengenai perkahwinan mereka.

Mereka berdua juga enggan memaklumkan punca penceraian.

Tak ada masalah antara kami, kalau ada masalah saya tak ada dalam kereta ini. Saya tak terima pertanyaan media yang ingin tahu apa punca perpisahan. Biarlah saya dan Bad dan Allah saja yang tahu.

Terdahulu, Bad dan Ashira yang bertemu jodoh setelah menjadi rapat ketika menyertai program nyanyian Gegar Vaganza muism ke-7 telah mendirikan rumah tangga pada 11 Mac tahun lalu.

Kedua-duanya mempunyai anak hasil perkahwinan mereka yang terdahulu.

Ashira bad indigo
2 years ago

Ashira Ambil Upah Basuh Pinggan di Kedai Makan Semenjak Bad Indigo Jatuh Sakit

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...