Tetamu Majlis Perkahwinan Terperangkap Di Rumah Pengantin Selama 35 Hari Akibat Lockdown

COVID-19

Tetamu Majlis Perkahwinan Terperangkap Di Rumah Pengantin Selama 35 Hari Akibat Lockdown

Seramai 30 orang tetamu sebuah majlis perkahwinan di satu daerah di India terpaksa tinggal di rumah pengantin wanita selama 35 hari. Ini setelah negara itu mengumumkan perintah lockdown disebabkan oleh penularan COVID-19, yang mengakibatkan pengangguhan semua perkhidmatan pengangkutan.

Majlis perkahwinan yang berlangsung di kampung Mathia di daerah Champaran Timur Bihar dari Ghaziabad, Uttar Pradesh pada 20 Mac lalu, bagi meraikan perkahwinan pasangan Salma dan Abid.

Advertisement

Ayah Salma, Anwarul Miyan gembira meraikan kehadiran tetamu itu bagi meraikan majlis perkahwinan anak perempuannya. Namun, sewaktu para tetamu ingin berangkat pulang, Perdana Menteri Narendra Modi mengumumkan perintah lockdown ke seluruh negara.

Mereka berharap perintah lockdown tersebut akan berakhir pada 14 April tetapi malangnya ia telah dilanjutkan sehingga 3 Mei.

Sebelum ini, keluarga tersebut yang menghadapi masalah kekurangan sumber makanan turut dibantu oleh ketua kampung dan jiran tetangga. Namun kini tiada lagi bantuan diterima akibat semua pihak turut menghadapi masalah yang sama.

“Kami terperangkap dalam situasi yang kritikal. Kami tidak tahu bagaimana untuk melayan tetamu yang kini berada di kediaman kami. Pada awalnya jiran dan anggota dewan kampung membantu, tetapi sekarang mereka menjauhkan diri,” 

sumber : Zawya

“Selama 10 hari terakhir ini saya hanya dapat menyajikan makanan kepada para tetamu hanya sekali dalam sehari,” tambah Anwarul.

Pihak berkuasa di Bihar tegas melaksanakan perintah lockdown akibat jumlah kes COVID-19 meningkat dengan terlalu cepat. Dalam 24 jam terakhir, sebanyak 54 kes COVID-19 telah dilaporkan dari seluruh negeri, menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 197.

Khuatir dengan masalah ini, pemerintah negeri telah mengarahkan tinjauan ke setiap rumah di semua kampung di seluruh 38 daerah di negeri ini seiring dengan gerakan imunisasi polio.

sumber : Gulfnews.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...