Tesco Setuju Menjual Operasi Di Malaysia Dan Thailand Pada Harga RM44.8 bilion

Trending

Tesco Setuju Menjual Operasi Di Malaysia Dan Thailand Pada Harga RM44.8 bilion

Tesco PLC, peruncit yang berpangkalan di United Kingdom itu bersetuju untuk menjual operasinya di Malaysia dan Thailand kepada sebuah syarikat pelaburan milik Thailand. Berdasarkan laporan, syarikat peruncit itu bersedia menjual operasi itu pada harga AS$10.6 bilion (RM44.8 bilion).

Penjualan ini sekaligus menjawab segala khabar angin mengenai beberapa tokoh perniagaan Thailand yang dikatakan berminat untuk mengambil alih operasi rangkaian pasar raya terbesar Britain itu pada Disember lalu. Penyerahan operasi di Malaysia dan Thailand akan diberikan kepada beberapa syarikat milik Charoen PPokphand Group (CP Group) yang membelinya pada harga RM44.8 bilion.

Advertisement

Berikutan penjualan itu, Tesco akan memulangkan 5.0 bilion pound (RM21 bilion) kepada pemegang saham menerusi dividen khas.

TESCO

Di Malaysia, Tesco mempunyai lebih daripada 70 rangkaian dengan konglomerat Sime Darby Bhd memiliki 30 peratus kepentingan dalam Tesco Malaysia. Penjualan Tesco Malaysia dan Thailand ini dikatakan salah satu strategi untuk memberikan fokus yang lebih kepada pasaran di United Kingdom.

Penjualan operasi di Asia ini juga akan membolehkan rantaian pasaraya ini mendapatkan penyerapan tunai bagi meneruskan penyusunan semula perniagaan di pasaran United Kingdom. Untuk pengetahuan anda, pasaran di UK kini berhadapan dengan beberapa kesukaran termasuk pembuangan pekerja.

Artikel berkaitan: Jollibee Melabur Sebanyak AS$350 Juta Beli Jenama The Coffee Bean And Tea Leaf

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...