Tesco Malaysia Didakwa Mengamalkan Perhambaan Moden Kepada Pekerja Asing

Trending

Tesco Malaysia Didakwa Mengamalkan Perhambaan Moden Kepada Pekerja Asing

Rangkaian pasar raya yang berpangkalan di United Kingdom (UK) iaitu Tesco telah melaporkan terdapat kejadian penderaan terhadap pekerja migran dalam operasi di Malaysia. Perkara ini didedahkan di dalam laporan tahunan edisi tahun ini mengenai perhambaan moden yang berlaku.

Menurut sumber, Tesco mengatakan bahawa temubual bersama 168 pekerja asing di Malaysia mendedahkan berlakunya pelbagai tuduhan. Ini termasuk lah isu pasport dipegang, pengurangan gaji yang tidak dapat dijelaskan dan tidak sah, hutang yang tinggi terhadap broker pekerja asing di negara asal dan waktu kerja yang berlebihan.

Advertisement

Pasport 68 pekerja Indonesia dan 171 orang Nepal didapati telah dirampas.

Laporan dari UK mengatakan bahawa semua pasport pekerja asing dikembalikan kepada pekerja hanya untuk pembaharuan izin kerja atau tujuan rasmi yang lain. Tesco mengatakan bahawa pihaknya akan melakukan penyiasatan terperinci mengenai tuduhan tersebut.

Selain itu, Tesco juga akan menyediakan garis sokongan untuk pekerja agensi dalam bahasa asal dan garis panduan untuk memastikan pekerja mempunyai akses untuk pasport bila diperlukan. Semakan semula garis panduan akan dilakukan bagi menjaga kebajikan para pekerja yang terkesan.

Syarikat itu juga mengatakan akan mengkaji dan memperbaiki audit penginapan dan kesejahteraan pekerja, menyediakan pemulihan sepenuhnya, termasuk pembayaran balik bayaran perekrutan, dan peralihan untuk merekrut pekerja migran secara langsung sebagai pilihan.

Setakat ini, tiada sebarang kenyataan maklum balas dikeluarkan oleh Tesco Malaysia mengenai isu ini.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...