Pasangan sensasi, Fattah Amin dan Amira Othman mengakui masih memerlukan masa sebelum berkongsi sebarang berita gembira, sekali gus menjawab spekulasi kononnya mereka menyorokkan kehamilan.
Menurut Fattah atau nama lengkapnya Abdul Fattah Mohd. Amin, 35, mereka menghargai keprihatinan peminat yang memahami serta menghormati ruang peribadi mereka sebagai pasangan suami isteri.

“Macam yang kami cakap sebelum ini, insya-Allah masa itu akan tiba jua. Sama ada cepat atau lambat, masa itu akan sampai jika kami sudah bersedia untuk berkongsi nanti.”
“Jangan risau kita takkan sorok benda baik. Cuma sekarang belum sampai waktu lagi. Harap bersabar. Semoga peminat dan rakan-rakan media mendoakan yang baik-baik,” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Seri Syawal Usanita, semalam.
Pada majlis tersebut, pasangan itu turut mencuri perhatian apabila tampil bersama, dengan Amira menggayakan jubah rona gelap dan longgar yang sekali lagi mencetuskan perbualan dalam kalangan tetamu.
Sebelum ini, gaya pemakaian Amira yang kerap memilih busana longgar menjadi antara faktor yang menguatkan lagi spekulasi bahawa dia kini berbadan dua.
Mengulas mengenai pujian peminat terhadap penampilannya yang dilihat semakin berseri, Fattah bersyukur dan menganggap perubahan tersebut sebagai refleksi kehidupan bahagia yang dilalui bersama isterinya.
“Alhamdulillah kalau tengok dari segi fizikal nampak sihat, ‘glowing’. Kalau yang baik-baik itu keluar daripada mulut mereka, tak kisah di platform mana kami ucapkan terima kasih.”
“Teruskan doa yang baik-baik, cakap yang baik-baik kepada kami,” ujarnya.
Sementara itu, Amira pula mengambil pendekatan positif terhadap spekulasi yang timbul, menyifatkan perkara tersebut sebagai lumrah bagi selebriti, terutama selepas mendirikan rumah tangga.
Selain itu, kami kongsikan artikl trending yang lain pada pada pautan di bawah.
