Pendakwah selebriti, Da’i Syed enggan memberi komen mengenai dakwaan isterinya yang dikatakan sedang hamil anak pertama mereka.
Ujar Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Syah Iqmal Syed Mohammad Shaiful Jamalullail, dia dan isteri, Hana Ismail masih belum bersedia untuk berkongsi mengenai perkara itu kepada peminat.
Belum sedia lagi untuk kongsi. Sudah tiba masanya nanti kami akan dedahkan.
Sebelum ini, Syed dan Hana ada memuat naik video mereka berdua sedang berada di tepi tasik bersama lampiran foto imbasan bayi yang seolah-olah memberi gambaran mereka bakal menerima cahaya mata pertama mereka.
View this post on Instagram
Perkongsian tersebut ternyata telah menuai komen berbaur pertanyaan dalam kalangan netizen selain ramai yang mengucapkan tahniah kepada Syed dan Hana.
Biarlah orang terus berteka-teki – Syed
Sekadar info, Syed dan Hana Ismail yang juga seorang personaliti TV telah mendirikan rumah tangga pada 3 Disember tahun lalu di Kuala Lumpur.