Baru-baru ini sebuah video promosi baju raya jenama fesyen tempatan yang dikongsikan di media sosial telah menarik perhatian warganet apabila melihat penglibatan aktres sensasi, Ruhainies sebagai wajah utama bagi koleksi tersebut.
Wajah jenama Fiziwoo
Berdasarkan video yang dimuat naik oleh jenama tempatan terkenal, Fiziwoo itu, terlihat sedutan di sebalik tabir pengambaran bagi koleksi baju raya tersebut. Malah, mereka juga menjelaskan video tersebut telah dirakam pada tahun lepas sebelum kontroversi melibatkan Ruhainies itu terjadi.
Video ini bertujuan untuk mempromosikan koleksi terkini dan dirakam pada Disember 2023. Kami tiada niat untuk mencemarkan imej peribadi dan professionalisme individu.
View this post on Instagram
Netizen tidak setuju
Namun selepas diberi disclaimer sekali pun, kebanyakan daripada pihak netizen tetap tidak setuju Ruhainies menjadi wajah koleksi tersebut. Ada yang berpendapat, wajah aktres tersebut harus dikaburkan dalam mana-mana video promosi akan datang dan ada juga yang faham dengan situasi jenama tersebut yang sudah terikat dengan kontrak.
Benda dah shoot lama. Yang suruh blur kan tu kenapa? You nak beli baju, bukan nk beli model dia. Keadaan berbeza..
Product lain siap blur muka dia ni. Hopefully boleh blur kan lah muka dia tu.
Bukan salah Fizi. Beli sebab produk dan kita support lokal.
Terus tidak jadi beli baju yang dia pakai.
Susualan isu ditangkap khalwat bersama pelakon Aliff Aziz di kondominum miliknya, mereka berdua telah mengeluarkan kenyataan rasmi memberi penjelasan tentang hari kejadian. Menurutnya, dia menafikan sebarang hubungan bersama suami Bella Astillah itu dan berharap agar rumah tangga Aliff dan Bella dapat diselamatkan.