Written by AbangNara | October 24th, 2018

Selepas menjuarai Gegar Vaganza musim ke 2, nama Siti Nordiana yang pudar satu ketika dahulu kini telah kembali bersinar. Namun di sebalik kejayaan yang dikecapi, pasti ada pihak yang dengki, tidak berpuas hati dan sentiasa cuba mencari kesalahan. Itu satu perkara biasa yang perlu ditempuhi oleh semua artis tanah air. Masa di bawah tiada siapa peduli, bila dah di atas, habis semua benda nak dipersoalkan.
siti nordiana
Terbaru selepas berduet di dalam konsert Gegar Vaganza minggu lalu, Siti Nordiana telah dikritik terus di laman sosial kerana memberikan persembahan hambar. Malah pemilihannya sebagai salah seorang mentor untuk program Mentor 7 juga turut hangat dipertikaikan. Enggan berdiam diri, Siti Nordiana telah tampil mempertahankan dirinya dan mempersoalkan para ‘haters’.

Saya bukan jenis yang suka meluahkan perasaan atau berkongsi masalah di laman sosial. Tetapi, apabila mendiamkan diri, semakin banyak komen diterima hingga pada satu tahap ia menjatuhkan semangat saya. Sudah bertahun saya menyanyi, tetapi mereka masih tidak berpuas hati. Dalam insiden terbaru, saya hanya beraksi sebagai rakan duet untuk pertandingan itu.

Mereka harus faham, saya tidak bertanding. Tetapi, entah kenapa mereka sengaja mencari kesalahan hingga saya bertindak membalas dua komen netizen dengan bertanya apa masalah sebenar mereka? Namun, segelintir manusia sudah melampau hingga lupa perasaan orang lain. Apa tindakan kalau adik atau kakak mereka dihentam tanpa usul periksa?

siti nordiana

Sememangnya ‘haters’ ini akan cuba mencari kesilapan kita walaupun sekecil semut. Bagi Abang Nara, Siti Nordiana seharusnya buat tak tahu sahaja dengan kritikan-kritikan kosong sebegini. Kalau dilayan, makin menjadi-jadi dibuatnya. Lebih baik Nana fokus pada kerjaya dan buat yang terbaik di dalam setiap persembahan dan program yang disertai. Lama-lama nanti senyaplah para ‘haters’ nie. Tak gitu? Apa pendapat anda? Sumber Berita Harian.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

13 responses to Terus Menerus Dikritik, Siti Nordiana Tampil Pertahankan Diri

  1. bibik_cun says:

    adakah mungkin anda nmpk lebih sombong skrg berbanding dlu??

    12

    11
  2. Duh says:

    Persembahan hambar? Dulu Tok Siti nyanyi vokal hanyut tak da pun netizen kutuk godam. Sebab dia femes penyanyi nombor 1 Malaysia kan? , NO BIG DEAL kata nya

    7

    1
  3. Raymee says:

    Biasalah … bila kita cuma rakan duet, takkan la kita nak overshadow peserta yg bertanding …

    35

    0
    • Anonymous says:

      betul tu… aku tgk siti nordiana mcm low down skit mungkin nk tolong geng Billy Zulkarnain menyerlah.. bagus aperr puji sikap dia jgn laa overshadow artis bertanding kan…

      cuma yg agak failed Billy Zulkarnain decide tuk tukar susunan muzik lagu tu.. tokram pun ckp nada muzik mcm tak kene..

      14

      0
  4. Anonymous says:

    Kuatkn semangat..jiwa kental..netizen mmg suka mencari salah org itulh manusia..jgn fikir sgt amik yg positive..

    6

    0
  5. x paham says:

    aku lbh suka kalau pnyanyi jemputan tu x overshadow penyanyi yg bertanding.. mereka dijemput utk menyerlahkan lagi peserta…pernah skali dlu alyah jd jd penyanyi jemputan gak utk salah seorg peserta (x ingat program apa)… dia punya nyanyian tu masyaallah… mcm org menyanyi kt award show sampai peserta tu tenggelam.. itu yg kita x nak

    5

    0
  6. liz says:

    tak bertanding pun kena la bersungguh skit. semua tau ko bukan bertanding. tapi bila ko bersungguh…ko membantu org yg bertanding.

    5

    4
  7. hiks says:

    suara SD tak lunak. dengar sekali okay lah,untuk dengar berulang kali mungkin, No for me.

    6

    3
  8. Suci Dalam Debu says:

    NANA ni baikkk sgt, dah pernah jumpe depan2 banyak kali.. i suke i sukee =)

    4

    0
  9. Anonymous says:

    abaikan jer nana. parasit semua tu.

    2

    1
  10. Tk says:

    Nana. You do your veryb best. Thats all that matters. Pedulikan all negative comments

    1

    1
  11. senangbawang putih says:

    saba la wahai nana.. haters tetap haters! lantak diorg sana bio mereput. banyak pahala kau nana org duk kutuk kau tuh..hihi

    1

    0

Leave a Comment

Optional