Selepas menjuarai Gegar Vaganza musim ke 2, nama Siti Nordiana yang pudar satu ketika dahulu kini telah kembali bersinar. Namun di sebalik kejayaan yang dikecapi, pasti ada pihak yang dengki, tidak berpuas hati dan sentiasa cuba mencari kesalahan. Itu satu perkara biasa yang perlu ditempuhi oleh semua artis tanah air. Masa di bawah tiada siapa peduli, bila dah di atas, habis semua benda nak dipersoalkan.
Terbaru selepas berduet di dalam konsert Gegar Vaganza minggu lalu, Siti Nordiana telah dikritik terus di laman sosial kerana memberikan persembahan hambar. Malah pemilihannya sebagai salah seorang mentor untuk program Mentor 7 juga turut hangat dipertikaikan. Enggan berdiam diri, Siti Nordiana telah tampil mempertahankan dirinya dan mempersoalkan para ‘haters’.
Saya bukan jenis yang suka meluahkan perasaan atau berkongsi masalah di laman sosial. Tetapi, apabila mendiamkan diri, semakin banyak komen diterima hingga pada satu tahap ia menjatuhkan semangat saya. Sudah bertahun saya menyanyi, tetapi mereka masih tidak berpuas hati. Dalam insiden terbaru, saya hanya beraksi sebagai rakan duet untuk pertandingan itu.
Mereka harus faham, saya tidak bertanding. Tetapi, entah kenapa mereka sengaja mencari kesalahan hingga saya bertindak membalas dua komen netizen dengan bertanya apa masalah sebenar mereka? Namun, segelintir manusia sudah melampau hingga lupa perasaan orang lain. Apa tindakan kalau adik atau kakak mereka dihentam tanpa usul periksa?
Sememangnya ‘haters’ ini akan cuba mencari kesilapan kita walaupun sekecil semut. Bagi Abang Nara, Siti Nordiana seharusnya buat tak tahu sahaja dengan kritikan-kritikan kosong sebegini. Kalau dilayan, makin menjadi-jadi dibuatnya. Lebih baik Nana fokus pada kerjaya dan buat yang terbaik di dalam setiap persembahan dan program yang disertai. Lama-lama nanti senyaplah para ‘haters’ nie. Tak gitu? Apa pendapat anda? Sumber Berita Harian.