Terus Membantu, Ustaz Ebit Lew Sumbang Pelbagai Kelengkapan Untuk Petugas Kesihatan

Hiburan

Terus Membantu, Ustaz Ebit Lew Sumbang Pelbagai Kelengkapan Untuk Petugas Kesihatan

Demi untuk menyelamatkan lebih banyak nyawa rakyat Malaysia, petugas kesihatan berkhidmat dan bekerja keras untuk menangani penularan wabak COVID-19. Mereka tidak tidur, tidak pulang ke rumah dan ada kalanya tiada masa untuk makan.

sumbangan ustaz ebit lew

Advertisement

Bagi menghargai penat lelah mereka, baru-baru ini Ustaz Ebit Lew terus menghulurkan bantuan kemudahan yang diperlukan kepada hospital-hospital yang menempatkan pesakit COVID-19.

Sumbangkan pelbagai kelengkapan

Antaranya ialah penghawa dingin mudah alih, topeng muka, baju plastik, ‘portable shower’ dan kelengkapan lain.

“Terima kasih ustaz”

sumbangan ustaz ebit lewsumbangan ustaz ebit lewustaz ebit lew sumbanganustaz ebit lew sumbangan

Rata-rata netizen memuji tindakan murni Ustaz Ebit, berterima kasih kepadanya atas sumbangan yang diberikan. Mereka mendoakan agar segala urusan pendakwah itu dipermudahkan dan semoga dimurahkan rezeki yang lebih lagi.

Semoga para petugas barisan hadapan terus bersemangat dan cekal untuk menyelamatkan nyawa semua pesakit. Terima kasih kepada Ustaz Ebit yang menghargai segala pengorbanan petugas kesihatan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...