Demi untuk menyelamatkan lebih banyak nyawa rakyat Malaysia, petugas kesihatan berkhidmat dan bekerja keras untuk menangani penularan wabak COVID-19. Mereka tidak tidur, tidak pulang ke rumah dan ada kalanya tiada masa untuk makan.
Bagi menghargai penat lelah mereka, baru-baru ini Ustaz Ebit Lew terus menghulurkan bantuan kemudahan yang diperlukan kepada hospital-hospital yang menempatkan pesakit COVID-19.
Sumbangkan pelbagai kelengkapan
View this post on InstagramAdvertisement
Antaranya ialah penghawa dingin mudah alih, topeng muka, baju plastik, ‘portable shower’ dan kelengkapan lain.
“Terima kasih ustaz”
Rata-rata netizen memuji tindakan murni Ustaz Ebit, berterima kasih kepadanya atas sumbangan yang diberikan. Mereka mendoakan agar segala urusan pendakwah itu dipermudahkan dan semoga dimurahkan rezeki yang lebih lagi.
Semoga para petugas barisan hadapan terus bersemangat dan cekal untuk menyelamatkan nyawa semua pesakit. Terima kasih kepada Ustaz Ebit yang menghargai segala pengorbanan petugas kesihatan.

hambaAllah
March 29, 2020 at 12:19 am
alahai hitamnya hatimu…dia buat begini untuk galakkan orang2 yang jauh lebih kaya untuk memberi sumbangan..lihatlah sesuatu itu dengan hati yang bersih supaya kamu terhindar dari bersakit hati melihat orang berbuat baik.
Lebit
March 28, 2020 at 8:08 pm
Betulll..makin meluat pula dgn ustat ebit ni dari segi ayat dia pn bleh tau jenis riak sedekah..padahal duit sumbagan ..dulu ok je dia ni time ikut tabligh skrg makin popular mkin demand nak buat talk..bagi sumbangan heboh2 balik2 post…meluatttt
Xboleh hadam
March 28, 2020 at 2:36 pm
Dia menggalakkan org utk bersama2 derma.. Ikhlas ke x itu antara dia dgn Allah. Yg penting kita patut bersyukur ada jugak yg prihatin terhadap keperluan front liner.
Rahman
March 28, 2020 at 8:05 am
Just nak cakap di Sibu Sarawak ada penderma menderma sebijik Mesin Pengesan Jangkitan berharga RM148,000 tanpa mahu dirinya dikenali.
Dua-dua buat benda baik, netizen boleh renung bersama.