Terus Bangkit, Suri Rumah Bento Kongsi Perjalanan Hidup Setelah Bercerai Kerana Kehadiran Orang Ke-3 – “Saya Dah 6 Bulan Menangis”

Kehidupan

Terus Bangkit, Suri Rumah Bento Kongsi Perjalanan Hidup Setelah Bercerai Kerana Kehadiran Orang Ke-3 – “Saya Dah 6 Bulan Menangis”

Setelah sekian lama membiarkan dirinya larut dalam kesedihan, wanita yang tular kerana dicurangi suami kini memilih untuk bangkit demi kebahagiaan diri dan anak-anak.

Wanita yang dikenali sebagai Suri itu berkata, kekuatan datang selepas dia memberi ruang kepada diri untuk bersedih selama enam bulan.

Advertisement

Saya dah menangis selama enam bulan, masa untuk bangun.

Kenyataan itu dibuat Suri sebagai respon kepada pertanyaan seorang warganet yang ingin tahu cara untuk terus kuat menghadapi dugaan sepertinya.

Terdahulu, Suri ada memuat naik video yang menunjukkan persiapannya sebelum pulang ke kampung untuk memulakan hidup baru.

Dalam video berkenaan, ibu kepada tiga anak itu berkongsi mengenai proses pertukaran sekolah anak-anak serta pertemuannya dengan rakan-rakan sebelum berpindah.

suri rumah bento

Difahamkan, Suri kini sudah selamat tiba di kampung dan menetap di sana bersama ketiga-tiga anaknya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

chazy nash nafi wujud orang ketiga
1 day ago

"Kami Hanya Berhubung Lepas Perceraian" - Tular Profil Wanita Didakwa 'Penyondol' Rumah Tangga, Chazy Nash Tampil Menafikan Dakwaan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...