Baru-baru ini, tular satu video memaparkan kekecohan di sebuah pusat membeli belah di negeri Kedah yang menarik perhatian ramai.
Dapat dilihat dalam video tersebut, ramai pengunjung berlari lintang-pukang sesudah saja pusat membeli belah tersebut dibuka.
Gempa bumi di bumi Kedah pic.twitter.com/BPK5ePti3x
— N E Y R A (@neyrashazeyra) July 6, 2023
Ingatkan apa yang jadi, rupanya pengunjung yang hadir berebut mahu mendapatkan barang di kedai jenama Typo yang ketika ini sedang berkolabari bersama Barbie.
Sedia maklum, fenomena Barbie ketika ini sedang tular di merata tempat dan banyak juga beberapa premis berkolabari dengannya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen berasa terkejut melihat situasi yang berlaku dan tidak sangka orang ramai sanggup berebut demi mendapatkan barangan Typo x Barbie,