July 17th, 2019

Seperti yang dimaklumkan, semalam penyanyi Radhi OAG telah sah bercerai talak satu dengan isterinya, Nur Shahira Ayu di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, Petaling Jaya.

Radhi kelihatan tenang ketika disoal wartawan dan cara dia menjawab soalan pula mendapat perhatian netizen.

Rata-rata netizen mengatakan perlakuan Radhi agak pelik seakan sedang khayal. Ada juga yang perasan gerak tubuh Radhi juga berbeza dan agak pelik. Ramai yang meninggalkan komen “kacip”.

Menurut penjelasan salah seorang pengguna Twitter, “kacip” adalah istilah yang digunakan oleh penagih dadah untuk merujuk seseorang itu khayal dan salah satu kesan sampingan apabila mengambil barang terlarang tersebut.

Tidak dinafikan sebelum ini Radhi sendiri pernah mengakui dia terlibat dengan pengambilan barang terlarang itu sejak remaja lagi. Bagaimanapun, itu tidak bermakna apa yang didakwa netizen itu benar. Ia sekadar penilaian mereka sahaja. Apa-apa pun, kita doakan yang baik-baik sahaja buat Radhi agar dia berubah menjadi insan yang lebih baik.

Sumber Berita : Forum CARI & Twitter


54 responses to “Teruk Sangat Kacip Tu – Netizen Dakwa Radhi OAG ‘High’ Ketika Bercerai Di Mahkamah?”

  1. pinkman says:

    dah sedap dua tiga hau, kacip la jadinya. tu sebak tak duduk diam, sebab tengah form. kacaip ni sebab ais a.k.a batu a.k.a syabu a.k.a meth. alhamdulillah aku dah lama bersara.. nak seribu daya, taknak seribu dalih. simple.

    • Anonymous says:

      waktu kacip tu apa ko rasa? sorry tanya soalan bodoh tapi nak tau jugak.

    • pinkman says:

      rasa supercharged. semua benda boleh buat. super focused. ko takkan hirau langsung dgn surrounding. cuma alhamdulillah aku tak pernah sampai tahap mencuri merompak meragut utk beli barang. langsung tak makan. tapi kick nya 2-3 hari je. lepas tu kong ( lembik takde tenaga langsung, melepek je dok baring 2-3 hari ). aku berenti sebab kawin. alhamdulillah sangat2 sempat sedar.. huhu

    • Azie says:

      Adik sya ada sorang. Mcm mana boleh berhenti tu bro? Tolong kasi nasihat. Mak hari2 nangis. Dah putus asa famili kami. 2 thn sudah dia pulang beraya mcm pelik gelisah, moody nmpk x happy je. Sya dah give up bapak dh hampir naik tangan. Mujur time raya ramai org. Kalu x dah lama bapak pelempang!

    • pinkman says:

      sejujurnya, aku pon tak sangka boleh terjebak dgn batu ni dulu. terus terang cakap, aku bersyukur sebab batu ni alhamdulillah tak macam barang pacak ( tak pernah & takkan pernah try ). nombor 1, kena stop bergaul dgn kaki2 yg biasa layan tarik sama2 dulu. tarik ni slang utk ambik batu ni lah. sama jugak dgn hau. memang betul bila kick dah habis, lembik mcm mayat hidup sebab ko dah overuse semua tenaga yg ada dalam masa 2-3 hari tengah kick tu, dengan tak tido & makan langsung nya. tu yang makan mcm bela saka & tido manjang 2_3 hari. hakikatnya, batu tak macam barang pacak ( gang jarum ). sebab tu orang tak cakap ketagih batu. tapi rindu. ini pengalaman aku sendiri. takde duit bila terasa nak, alhamdulillah takde sampai nak mencuri merompal meragut apa semua. tapi ko jadi hilang malu nak pinjam duit dgn adik beradik, sepupu sepapat / member2. ko jadi kreatif tak bertempat , boleh fikir & reka macam2 cerita / alasan nak pinjam duit utk beli batu. sesungguhnya memang tak ketagih mcm yg aku tau kalau mat pit ( gang pacak a.k.a jarum ) tak dapat barang. tapi jangan sampai batu yg control kepala ko. paling penting? jangan lah nak cuba2. jahanam duit , jahanam gigi, & boleh jahanam ke laut rasa malu dalam diri. lagi teruk boleh hilang pertimbangan ( mcm yg selalu keluar berita / tv ada yang bunuh nenek lah, mak ayah lah pasal kepala dah tak betul. ini kisah benar pengalaman aku sendiri. alhamdulillah tak terjebak lebih jauh. cukuplah 3 tahun aku merasa hidup huru hara. jauhi dadah, gang. hidup in shaa Allah jauh lebih indah ?

    • Anonymous says:

      kau insaf ada masuk jail tak????, sebelum aku ulas lain

    • pinkman says:

      Anon, alhamdulillah takde lah pernah sampai ke dalam. tu yang aku dah kawin, aku takut sangat2 kantoi & huru hara life aku sebab duduk pulak dgn mertua. alhamdulillah Dia bukak jalan untuk aku berenti. Pokok pangkal, memang kena kuatkan hati & terus jauhkan diri dari gang2 sekepala. in shaa Allah hidup tenang & bahagia. Paling penting, solat. Itu jelah. Moga kita semua sentiasa di bawah lindungan rahmatNya. aamiiin

    • wekkkkkkk says:

      barang pacak tu sgt bahayakan, tu yg jdi slim badan, sbb sedut tepung yg tgh mendidih dn sedut apinya sekali gunakan straw lapik kertas rokok.
      Rokok mereka habiskan dgn kertas2nya sekali, terlalu bijak tiada pembaziran.
      Jauhilah dadah bermula dri merokok. Kalau x merokok, pasti dadah pun x kena…betui ka.

    • Anonymous says:

      alhamdulillah awak dh sedar..selamat 1 anak melayu dri njis dadah

    • biniorang says:

      sis azie..nk benti mmg kene ade semangat yg kuat..dtg dari diri org tu sendiri..mcm suami sy, dari awal kawin xtau bape kali sy jamin dia. barang kemas semua habis sy gadai..(dia xpenah curik atau ambil duit saya, dia menagih guna duit hasil jualan barang tu jugak) sampai la anak sy yg first tu dah umur 7 bulan, dia berhenti dgn sendiri sbb kata nye dia takut hilang anak bini (sbb sy ugut cerai kalau dia x berubah)..alhamdullilah..dah 3 tahun dah dia bersih dan rajin ke masjid..muka pun dh bersih, x kacip mcm dulu..

    • wekkkkkkk says:

      nasib baik awak cepat bertindak, sbb benda tu baru je dtg dlm diri somi, cer kalau dh sebati. Bkn kacip je yg awak saksikan, bdn bau kmbing, makanan pelik2 dia akan mkn, contohnya-air didih nasi tu dia buat susu jdikan teh tarik..sedap katanya, ubat nyamok jdikan makanan, mandi pakai sabun fab buku jdikan sabun badan, syampoo rambut, etc..sbb dh laklok. Biasanya anggota2 PDRM pun x mau tgkp org yg dh lama kena ni, masuk lokap kluar lokap sama je peel, sbb tu anggota PDRM akan cari yg baru2 berjinak2.

  2. Anonymous says:

    Sila buat urine test!!!!

  3. Anonymous says:

    Agree sama netizen… kacip, menggelupor sesuatu je..

  4. Astagaaaa says:

    Mcm kuda weyyy!!

  5. Anonymous says:

    Buang spek tengok.. kalu berani lah!

Loading...