Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Teruk Dimaki Fathia : Michael Ang Tidak Ambil Hati

Gara-gara mempertahankan pelakon Aiman Hakim Ridza selepas dipanggil dayus oleh Fathia Latiff kerana tidak mahu membayar hutang, pengarah drama popular Michael Ang turut terkena tempias ‘amukan emosi’ pelakon wanita itu.

Advertisement

Walaupun dimaki teruk oleh Fathia, Michael bagaimanapun tidak ambil hati meskipun saiz fizikal beliau dicemuh. Jelas Michael, tindakannya itu hanyalah satu teguran dan nasihat buat Fathia agar tidak mengaibkan orang lain.

Saya menyatakan kalau betullah Aiman berhutang, sebaiknya ia dituntut depan-depan dan tidak perlulah mengaibkan pelakon itu di sosial media. Bagaimanapun saya teringat kembali memang dia ada buat skim pelaburan.

Dia mengajak saya melabur dalam skim itu dan saya percaya Fathia pun turut melabur. Kalau membabitkan skim pelaburan, bermakna ia bukanlah hutang kerana kalau dia mahu jual ‘share’, cakaplah dengan jelas.

Lagipun setahu saya pasaran saham terbabit tidak bagus dalam situasi sekarang dan berapa saja dia boleh dapat balik kalau dijual kembali. Apa yang saya katakan di laman Instagram saya itu bertujuan untuk menegur supaya Fathia sedar akan kesilapannya. Jujur saya sedikit pun tidak ambil hati dengan kutukan Fathia.

Kata Michael lagi, Fathia bukan sahaja memiliki rupa paras yang cantik tetapi mempunyai bakat yang besar juga dalam lakonan. Untuk apa beliau mensia-siakan kurniaan Tuhan itu dan terlibat dengan perkara yang tidak mendatangkan faedah.

Sumber Berita : Harian Metro

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

27 Comments

  1. Makcik bawang

    September 24, 2018 at 11:33 am

    Entahlah…kesian pun ada pada fathiya ni.she is not young anymore. everytime dia nak post anything kat soc media; pikir lah dulu.jgn aibkan org..jgn main belasah jer tulis sb org baca and ingat.jgn lah dah tulis then delete lepas tu ckp * i gurau2*. So immatured.
    Adikberadik dia pandai2 and do well in life. She need to move on…jgn buat perangai budak2 and x disiplin sb industry hiburan kita ni kecil. Youngcomers yg cantik and talented berlambak2 di pasaran. Bila u buat taik esp to people within your industry; ada susah sikit nak survive unless people can really forgive and forget.

  2. Kobes Bunga

    September 24, 2018 at 11:06 am

    Walaupon fathia ckp mcm2 dan micheal back up si aiman.. micheal tetap puji fathiya seorg pelakon berbakat dan cantik. Fathiya ni perlu dibantu.. klu x, hidup dia mgkn akan lbh terok…

  3. Misiam

    September 24, 2018 at 11:02 am

    Sibuk mulut nk masuk campur hal org gitu jgk si kinah mulut cabut ekor..dh nk bincang apa kalau dh disekat no Tel..mestilh meroyan kat medsos…baru padan muka aiman..kdg kesian jgk tgk fathia ni..org ambik kesempatan sb dia kuat up citer kt medsos..aku kalau org talipon/wshapp maki hamun aku xlyn senyap je..penat berentilh nnti.. aku mmg cukup x berkenan dgn org yg suka block talipon ni..cam biadap tau..haa aiman nilh salah satu orgnya..

  4. hmnr

    September 24, 2018 at 10:45 am

    Fathia tahu yang dia CANTIK. so org cantik kalau xdijaga dgn iman memang mudah jatuh sombong. bahaya tauuu. once Allah tarik ‘kecantikan’ you nanti. baru tahu mana Besar Kuasa Allah

  5. peratijangantakperati

    September 24, 2018 at 10:37 am

    si cina ni pun satu hal
    aku rasa dia pun saja nak glamour

    cari pasal dgn si mental fatiya ni buat ape?

    klu melayan , tak ubah kau pun sama biol dgn dia …hehehe

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama