Teruk Dimaki Fathia : Michael Ang Tidak Ambil Hati

Hiburan

Teruk Dimaki Fathia : Michael Ang Tidak Ambil Hati

Gara-gara mempertahankan pelakon Aiman Hakim Ridza selepas dipanggil dayus oleh Fathia Latiff kerana tidak mahu membayar hutang, pengarah drama popular Michael Ang turut terkena tempias ‘amukan emosi’ pelakon wanita itu.

Advertisement

Walaupun dimaki teruk oleh Fathia, Michael bagaimanapun tidak ambil hati meskipun saiz fizikal beliau dicemuh. Jelas Michael, tindakannya itu hanyalah satu teguran dan nasihat buat Fathia agar tidak mengaibkan orang lain.

Saya menyatakan kalau betullah Aiman berhutang, sebaiknya ia dituntut depan-depan dan tidak perlulah mengaibkan pelakon itu di sosial media. Bagaimanapun saya teringat kembali memang dia ada buat skim pelaburan.

Dia mengajak saya melabur dalam skim itu dan saya percaya Fathia pun turut melabur. Kalau membabitkan skim pelaburan, bermakna ia bukanlah hutang kerana kalau dia mahu jual ‘share’, cakaplah dengan jelas.

Lagipun setahu saya pasaran saham terbabit tidak bagus dalam situasi sekarang dan berapa saja dia boleh dapat balik kalau dijual kembali. Apa yang saya katakan di laman Instagram saya itu bertujuan untuk menegur supaya Fathia sedar akan kesilapannya. Jujur saya sedikit pun tidak ambil hati dengan kutukan Fathia.

Kata Michael lagi, Fathia bukan sahaja memiliki rupa paras yang cantik tetapi mempunyai bakat yang besar juga dalam lakonan. Untuk apa beliau mensia-siakan kurniaan Tuhan itu dan terlibat dengan perkara yang tidak mendatangkan faedah.

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...