Sejak semalam, nama pempengaruh Syamimia hangat dibualkan masyarakat di media sosial selepas dia dikatakan ‘try hard‘ untuk memberikan alasan tidak berkongsi tentang isu Palestin.
Selepas menerima kritikan dan kecaman hebat daripada warga maya, Syamimia atau mesra digelar Mimi telah memuat naik kenyataan dan permohonan maaf.
Kata Mimi, dia terima sahaja teguran dan nasihat kerana dirinya suka membaca namun tidaklah sehingga memalukan dan menghinanya.
Tambahnya, video penjelasan sebelum ini telah dipadam dan ia bukanlah kerana takut hilang pengikut atau ego tetapi kerana terlalu banyak hinaan dilemparkan terhadapnya.
Saya juga minta maaf sekiranya saya tidak menepati kriteria ‘title’ pempengaruh yang anda gelarkan kepada saya. Terlampau banyak kebencian yang dilemparkan pada saya, saya harap kita semua dan saya sempat bermaafan.
Sementara itu, tinjaun ke Instagram Mimi menunjukkan dia ada berkongsi dan memuat naik hantaran tentang konflik tersebut dan menyatakan sokongannya terhadap Palestin.
Bagaimanapun, ibu seorang cahaya mata itu memilih untuk menutup ruangan komen dipercayai untuk meredakan keadaan.
View this post on Instagram