Semalam, kakak kepada selebriti, Neelofa iaitu Noor Nabila teruk dikecam netizen Indonesia dan Malaysia susulan membuat isyarat ‘loser’ sebagai tanda sindiran terhadap El Rumi yang berjaya mengalah teman lelaki adiknya, Jefri Nichol.
Tidak terkesan dengan kecaman yang dilemparkan, Nabila dilihat memuat naik satu hantaran di Instagram Story dengan mengatakan dirinya sama sekali tidak kisah dengan kata-kata warganet.
Malah, dalam hantaran yang seterusnya, wanita itu memperlihatkan pelan rumah yang disyaki merupakan kediaman barunya.
Sementara korang kecam, aku sedang bina sesuatu yang ‘besar’.
Hantaran tersebut telah ‘tersebar’ di platform Threads, di mana rata-rata netizen berkata itu caranya untuk menutup malu selepas teruk dikecam.