Teruk Dikecam Kerana Respon ‘Who’s That’, Ning Baizura Tampil Bersuara – “Terus Terang Saya Tak Berniat Menyakiti Sesiapa”

Hiburan

Teruk Dikecam Kerana Respon ‘Who’s That’, Ning Baizura Tampil Bersuara – “Terus Terang Saya Tak Berniat Menyakiti Sesiapa”

Selepas teruk dikecam gara-gara respon ‘Who’s that’ terhadap komen #AllEyesOnRafah ketika live di Instagram, penyanyi Ning Baizura tampil bersuara dan memberikan penjelasannya.

Ujar pelantun Awan Yang Terpilu tersebut, respon berkenaan bukan bermaksud dia tidak tahu tentang apa yang berlaku di Palestin tetapi ia tidak disengajakan kerana dia mengalami kesukaran untuk menyebut nama peminatnya ketika itu.

Advertisement

Ketika peminat meminta lagu, saya membaca komen yang keluar dan pada ketika itu secara khususnya saya bercakap nama penonton yang sukar disebut.

Semasa saya baca komen peminat, saya tanpa sengaja saya beri reaksi seperti itu. Saya tak bermaksud untuk mempersenda situasi dan tempat itu dan sebab itu saya cakap ‘siapa itu’ bukan ‘apa itu’.

ning

Tambah Ning lagi, video tersebut telah disunting oleh ramai pihak sehingga ia tular dan menyebabkan dirinya menerima kecaman hebat.

Penyanyi tersebut turut akui tidak mempunyai niat untuk menyakiti hati sesiapa malah berkata dia tahu tentang apa yang sedang berlaku di dunia ketika ini.

Saya rasa perkara kecil ini telah tular tanpa mengetahui situasi yang sebenarnya. Sangat mudah bagi orang lain untuk sunting seperti yang tular.

Terus terang saya tidak berniat hendak menyakiti sesiapa pun kerana saya tahu apa yang berlaku di Palestin sebab saya banyak menyumbang bagi pihak saya. Cuma benda-benda amal ini tidak perlu diuar-uarkan semuanya datang dari hati kita.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ning Baizura (@ningdalton)

Dalam pada itu, Ning turut mengucapkan terima kasih kepada semua peminatnya yang tampil menjawab, memberi respon mahu pun yang mempertahankannya.

ning baizura
2 months ago

“Kak Ning Dah Buat Collection For Gaza Since Ramadan, Tak Payah Blockout Orang Sangat” - Peminat Ning Baizura Tampil ‘Back-Up’

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...