Selepas teruk dikecam gara-gara respon ‘Who’s that’ terhadap komen #AllEyesOnRafah ketika live di Instagram, penyanyi Ning Baizura tampil bersuara dan memberikan penjelasannya.
Ujar pelantun Awan Yang Terpilu tersebut, respon berkenaan bukan bermaksud dia tidak tahu tentang apa yang berlaku di Palestin tetapi ia tidak disengajakan kerana dia mengalami kesukaran untuk menyebut nama peminatnya ketika itu.
Ketika peminat meminta lagu, saya membaca komen yang keluar dan pada ketika itu secara khususnya saya bercakap nama penonton yang sukar disebut.
Semasa saya baca komen peminat, saya tanpa sengaja saya beri reaksi seperti itu. Saya tak bermaksud untuk mempersenda situasi dan tempat itu dan sebab itu saya cakap ‘siapa itu’ bukan ‘apa itu’.
Tambah Ning lagi, video tersebut telah disunting oleh ramai pihak sehingga ia tular dan menyebabkan dirinya menerima kecaman hebat.
Penyanyi tersebut turut akui tidak mempunyai niat untuk menyakiti hati sesiapa malah berkata dia tahu tentang apa yang sedang berlaku di dunia ketika ini.
Saya rasa perkara kecil ini telah tular tanpa mengetahui situasi yang sebenarnya. Sangat mudah bagi orang lain untuk sunting seperti yang tular.
Terus terang saya tidak berniat hendak menyakiti sesiapa pun kerana saya tahu apa yang berlaku di Palestin sebab saya banyak menyumbang bagi pihak saya. Cuma benda-benda amal ini tidak perlu diuar-uarkan semuanya datang dari hati kita.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, Ning turut mengucapkan terima kasih kepada semua peminatnya yang tampil menjawab, memberi respon mahu pun yang mempertahankannya.