Teruk Dikecam Kerana Lagu Lucah, Kini Aliff Syukri Lancarkan Lagu Nasyid

Hiburan

Teruk Dikecam Kerana Lagu Lucah, Kini Aliff Syukri Lancarkan Lagu Nasyid

Selepas menerima pelbagai kecaman dan kritikan kerana lagu kontroversi, Bobo Dimana yang didakwa memberi pengaruh buruk dan berunsur lucah, kini Datuk Seri Aliff Syukri melancarkan lagu nasyid penuh dengan unsur keharmonian yang dinyanyikan bersama isteri tercinta, Datin Shahida.

Advertisement

Lagu tersebut yang bertajuk Agama Kedamaian adalah hasil sentuhan komposer dan penyanyi nasyid terkenal, Hafiz Hamidun. Katanya ia juga diinspirasikan daripada lagu Deen Assalam.

Rata-rata netizen memuji betapa merdunya suara Shahida dan sangat tenang rasa hati bila mendengar lagu itu. Pada masa yang sama, ramai yang berharap agar Aliff akan terus mengeluarkan lagi lagu-lagu berunsur keagamaan selepas ini.

Macam ini baru best, tiada aksi menari terlampau tiada juga lirik yang mengundang kontroversi. Rasa damai dan tenang bila dengar. Harapnya Aliff terus istiqamah dan dapat menghasilkan lagu seperti ini di masa akan datang. Ramai yang akan sokong dan tiada langsung kecaman kan? Apa pula pendapat anda?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

21 Comments

  1. Mael

    September 27, 2018 at 9:48 am

    PENUNGGANG AGAMA

    sekian, terima kasih

  2. makcikbwg

    September 27, 2018 at 9:11 am

    wah..sedap jgk datin dan dato bawa lagu ni.. rasa tenang je x de pon rasa kelam kabut… tahniah dato gn datin..

  3. El

    September 27, 2018 at 8:20 am

    Sanjung tinggi usaha nak bawa lagu nasyid ni, tapi maaf cakap suara die sumbang, tak sedap langsung, lagipun ni lagu ala ala kumpulan sabyan, kumpulan nasyid dari seberang tu yang tengah populer tu, hafiz hamidun hanya copy paste

    • Anonymous

      September 27, 2018 at 9:07 am

      sedap je. sabyan pun cover je bkn lagu dia. plus datin dlu mmg ahli nasyid kumpulan solehah.

  4. curious

    September 27, 2018 at 7:34 am

    pelik la dato alif ni xbz bisnes ke? ada masa buat recording, video..

    • Anonymous

      September 27, 2018 at 8:22 am

      Serius aku tak faham niat si Aliff ni. Mcm mempermainkan agama je. Keluar lagu seksi, bila org kecam, terus keluar lagu nasyid. Main point dia bukan suruh dia nyanyi lagu nasyid acah warak alim. Cuma jgn keluarkan/promosi muzik video lucah-so called perempuan tak sejati tergedik2 tunjuk tetek bontot. Itu je. Inilah masalah bila seorang lelaki pemimpin cetek ilmu dunia & akhirat.

    • Anonymous

      September 27, 2018 at 8:34 am

      Setuju sgt…
      Sekadar nyanyian yg “dulu ko kutuk aku, now aku nasyid sila la puji”

    • Anonymous

      September 27, 2018 at 11:06 am

      Batak pujian mmg mcm tu. Bila org kecam itu yang menggelupur marah. Sape lah yang batak sgt sokong product dia. Kwn aku pakai product lebat rambut dia ni. Jgn kata lebat, rambut takde pun yang tumbuh. Agaknya dia hancurkan arang campur air & tepung jagung. Terus jadikan product pelebat rambut.

    • IndahIslam

      September 29, 2018 at 10:21 am

      Aku rse motif lagu ni dibuat atas sbb cabar PU Amin tu la. Sia2 lagu nasyid kalau dibuat bukan dgn keikhlasan.

  5. Huhuhaha

    September 27, 2018 at 12:53 am

    Lagi afdhal klu dgn nasyid komersil pun x terlibat. Bkn apa, sipi2 dah nk terkena tempias maksiat.

Loading...