Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Teruk Dihina, Wani Comel Akui Mahu Saman Netizen

Dilihat seakan menyeru netizen supaya berfikir dahulu sebelum meninggalkan komen negatif kepadanya, gadis obesiti, Wani Comelkini khabarnya akan mengambil tindakan dengan membuat laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terhadap individu tidak bertanggungjawab yang melemparkan kata-kata fitnah terhadap dirinya.

Menurutnya, perkara itu terpaksa dilakukannya susulan ramai warganet seakan tidak henti-henti mencaci maki diirinya.

Advertisement

Bahkan ada juga yang melemparkan tohmahan selepas mendedahkan dirinya ditipu dan diperdaya oleh usahawan kosmetik.

Pendedahan itu dilakukannya sendiri menerusi sebuah posting yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.

“Terlalu banyak pihak yang tak henti henti mengacau hidup wani dengan pelbagai kata kata kesat dan tak kurang juga ada yang mendoakan Wani mati. Wani ingin menasihatkan agar mana-mana individu yang tag Wani dengan cubaan gangguan, fitnah, cacian, makian, hinaan dan apa-apa perkara negatif lain termasuk body shaming, Wani sendiri akan membuat laporan polis dan laporkan kepada pihak SKMM kerana Wani berhak berbuat demikian.”

Ujarnya lagi, tindakan undang-undang akan diambil kepada individu yang ingkar. Hal ini demikian kerana, Wani kini dipercayai sedang giat mengumpul kata-kata hinaan itu sebagai bukti untuk dilaporkan kepada pihak berkuasa.

Advertisement

“Mereka yang membantu wani telah mengumpulkan semua bukti2 komen anda yg menghina, mengecam,menghasut masyarakat untuk provokasi menimbulkan perbalahan hal Wani di media sosial di Instagram dan DM Wani. Tiada faedah untuk Wani menipu sesiapa dan tiada untungnya Wani buat tindakan macam tu. Hati hati bila menulis takut termakan diri.”

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila Wani tampil mendakwa haknya sebagai duta sebuah produk dinafikan.

Dalam pada itu, beliau difahamkan membuat sidang akhbar mendakwa dirinya dianaiya seorang usahawan kosmetik penuh sensasi dan mengakui dirinya seolah m ditipu selepas tidak mendapat sebarang faedah dan bayaran seperti yang dijanjikan pihak berkenaan.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

4 Comments

  1. anonymous

    December 10, 2020 at 10:00 pm

    bukan pemalas ni,kita tak rasa apa yg dirasainya kesian dia,macamana lah dia nak urus dirinya dengan keadaan sebegitu,siksa dan lagi bukan mudah nak kurus kalau keadaan dah terlalu obes..tawakal jel ah kau dik,Allah maha mengetahui

  2. Anonymous

    December 10, 2020 at 1:55 pm

    tak takut! tak takut!… i pun bukanlah pembekap aliff syukri, tp dlm hal ni menyampah betul tgok org yg tak tau diuntung ni. org dah tolong sikit, nk melebih2 pulak. samanlah semua org ye sebab kau tu pemalas nk cari duit sendiri!

  3. PAIS DAGING

    December 10, 2020 at 11:33 am

    LOL, NE LAH PEREMPUAN PEMALAS. PLEASE LAH SEDAR DIK. BANYAK ORANG BERJAYA DENGAN USAHA SENDIRI. TENGOK JER KAT YOUTUBE. BETAPANYA DIORANG GIGIH. AKHIRNYA BERJAYA JUGAK. JGN LAH ASYIK MINTA KESIAN JER. SEKARANG NAK 2021. XNAK DIKECAM. TAK PAYAH LAH SUSAH2 PEMESKAN DIRI. SEKIAN DARI SAYA YANG JAUH. ANNOYING KEH. BILA MASA BUDAK WANI NE ARTIS. PEMES CERITA SANA SINI. SMPAI LUAR NEGARA DOH TAU. AISHHH. PLEASE LAH. M-E-L-U-A-T NAK MAMP*S !!!

  4. ustajah

    December 10, 2020 at 11:14 am

    ade plk org nk membekap ko. rajin plk nk ngumpul bukti spe yg ngutok ko. gigih benor le deme.. wani wani… jgn letak hati kite sehitamnye..

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top