Teruja Menunggu Ketibaan Samsung Galaxy S IV

Hiburan

Teruja Menunggu Ketibaan Samsung Galaxy S IV

Abang Nara sekarang menggunakan Samsung Galaxy S III. Bagi Abang Nara, ia adalah sebuah smartphone yang sangat power. Abang Nara selalu mengambil gambar anak Abang Nara,  Aariz, menggunakan kamera S III dan berkongsi gambar tersebut di Instagram.

samsung galaxy s4

Advertisement

Ada gaya Yang Berhormat tak anak Abang Nara di atas? Sebenarnya Aariz sedang bercakap ketika gambar ini diambil. Itu yang mulutnya terbuka macam tengah bagi ucapan. Aariz sekarang memang suka bercerita menyebabkan Abang nara tak sabar nak tunggu Samsung Galaxy S IV tiba di Malaysia sebab ada fungsi Sound & Shot.

samsung galaxy s4

Abang Nara dah dapat bayangkan tengok gambar comel Aariz dengan suaranya yang tak berhenti-henti bercakap itu. Confirm tergelak dibuatnya. Lebih-lebih lagi kalau dapat tangkap ketika dia tengah berborak dengan atuknya. Dengan tangan dia yang terangkat-angkat dan bibir yang menjuih itu, confirm cute gila!!!

samsung galaxy s4

Tambah teruja bila ada feature Story Album di dalam Samsung Galaxy S IV. Bolehlah Abang Nara susunkan gambar Aariz yang berlambak itu mengikut aktiviti yang dilakukan. Jalan-jalan di KLCC, mandi manda di dalam swimming pool dan macam-macam lagi. Siap boleh customize dengan ayat-ayat dan reka bentuk mengikut kreativiti masing-masing.

samsung galaxy s4

Ini baru 2 fungsi Samsung Galaxy S IV yang Abang Nara kongsikan dengan anda semua. Dah teruja kan? Banyak lagi fungsi-fungsi yang super duper best. Abang Nara pun tak sabar nak menunggu ketibaan S IV di Malaysia. Dengar ceritanya dalam masa terdekat ini akan ada majlis pelancaran secara rasmi. Harap-harap Abang Nara dijemput agar dapat menjadi antara yang terawal mencuba Samsung Galaxy IV ini. Teruja gila nie!!!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...