Sedang hamil enam bulan, pelakon Izreen Azminda nampaknya sudah tidak sabar untuk menanti kelahiran cahaya mata pertama beliau bersama suami Ude Wahid.
Menerusi akaun Instagramnya, Izreen berkongsi momen bayi dalam kandungannya sedang bergerak aktif menerusi video imbasan kehamilan.
Walaubagaimanapun, Izreen nampaknya masih belum bersedia untuk membuak ruangan komen di akaun media sosialnya itu. Mungkin sudah cukup bahagia dan tidak tertekan lagi membaca pelbagai komen daripada netizen.