Mengakui merasa teruja kembali hamil, Ayu sempat meluahkan hasratnya untuk menimang cahaya mata perempuan kali ini. Sebelum ini Ayu dan suami dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Aisy Qaiser dan Aisy Aryann.
Memang kalau boleh mahukan anak perempuan pula bila melihat Aaisyah yang cukup senang dijaga itu membuatkan saya berharap agar jantina anak saya kali ini perempuan.
Selepas dua anak lelaki, jadi mahu merasa pula membesarkan anak perempuan. Saat ini kandungan saya sudah masuk empat bulan.
Menurut Ayu, beliau dan suami tidak pernah merancang soal zuriat dan menyerahkan hal tersebut kepada ketentuan illahi serta rezeki. Untuk pengetahuan anda, berita kehamilan ini juga tidak pernah dijangka apatah lagi ketika  Ayu sedang sibuk menjalani penggambaran telemovie.
Kami berdua memang tidak pernah merancang, semuanya diserahkan kepada rezeki. Ketika tahu mengandung juga saya sedang sibuk dalam penggambaran sebuah telemovie. Memang ini suatu berita yang gembira sebenarnya.
Selepas kelahiran anak kedua tiga tahun lalu, rasanya ini waktu yang tepat untuk kami. Cuma memang saya rahsiakan dahulu dan kami mahu mengumumkan waktu yang sesuai tentang berita baik ini.
Teruskan berdoa, siapa tahu hasrat Ayu untuk menimang cahaya mata perempuan kali ini akan dimakbulkan Allah SWT?