September 20th, 2012

Wah rupa-rupanya kehamilan Ning Baizura sudah pun mencecah 5 bulan. Abang Nara ingatkan baru 2,3 bulan. Pandai betul Ning menyimpan berita gembira ini. Ini pastinya sangat mengujakan mereka berdua kerana Ning pernah disahkan oleh doktor tidak boleh mengandung.

ning baizura hamil

Namun rezeki daripadaNya tiada siapa yang dapat menjangkakan. Hasil usaha Ning memakan tauhu, kurma, susu kambing, sayur, buah-buahan dan oat, kini Ning nampak tak sabar untuk mendakap cahaya mata pertamanya itu. Kata Ning:-

Alhamdulillah kerana termakbul juga doa kami untuk mendapat anak kerana sebelum ini saya hampir-hampir diberitahu doktor bahawa saya tidak boleh mengandung. Saya dan suami amat gembira menanti kehadiran cahayamata sulung kami ini. Tidak kisahlah jantina apa pun anak kami nanti. Tapi, saya suka kalau dapat anak perempuan. Kalau suami pula, dia nakkan anak lelaki

ning
Semoga segala urusan kehamilan dan kelahiran anak Ning akan dipermudahkan. Banyak-banyakkan berdoa. Jangan buat kerja berat sangat. Semoga segalanya akan berjalan lancar. Amin ~~ Lagi beberapa keping gambar Ning Baizura di sekitar majlis pengumuman kehamilannya dengan membaca entri ini sepenuhnya. Info asal portal Murai.

P.S: Seni vandalisme yang sangat cool.

ning hamil
ning hamil
ning hamil


55 responses to “Teruja Hamil 5 Bulan, Ning Baizura Tak Kisah Jantina Anak”

  1. mamamia says:

    taniah ning, kpd org yg selalu sgt nak sempurna, tahu le manusia x sempurna walau pon kita no 1 dunia

  2. simplySenah says:

    congrats ning….rezeki Allah tu bila2 masa je Allah boleh bagi, semua dengan izin Dia. Sebanyak2 harta dalam dunia nie, anak jugak lah harta yang tak ada nilainyer…. semoga semua selamat yer :)

  3. mashimaro says:

    setengah artis tknk siar gambar mase peknen…tkt peminat kata gemuk..tp tgk Ning..harus diberi pujian..dia x kesah pon..gemuk sbb peknen cantik per…berseri jer kan

Loading...