Teruja Dengan Microsoft Surface RT

Hiburan

Teruja Dengan Microsoft Surface RT

Baru-baru ini Abang Nara telah pergi ke pusat membeli belah The Publika.

surface rt

Advertisement

Tujuan pemergian Abang Nara bukanlah untuk bershopping, tetapi untuk menyaksikan sendiri pelancaran tablet Microsoft Surface RT.

surface rt

Walaupun awek di dalam gambar atas cuba mengorat diri ini, namun Abang Nara tetap fokus. Keterujaan Abang Nara bertambah apabila mengetahui Mizz Nina turut hadir untuk menghangatkan lagi majlis pelancaran Microsoft Surface RT ini.
surface rtAbang Nara sempat berborak dengan beberapa orang yang ada di situ. Menurut mereka, orang ramai telah mula memenuhi ruang pelancaran sejak jam 8 malam lagi. Memang penuh sesak.
surface rtKira-kira jam 9 malam, 2 orang model yang penuh segak dan cantik mula memperagakan Microsoft Surface RT. Masa ini memang semua orang menjerit-jerit sebab excited sangat.
surface rtTak lama kemudian, Mizz Nina muncul dan menunjukkan caranya menggunakan Microsoft Surface RT. Untuk makluman, tablet ini dilengkapi dengan Windows 8, Microsoft Office dan kebanyakan program yang ada di dalam komputer anda.
surface rtSenang cerita, Microsoft Surface RT adalah komputer versi tablet yang anda boleh bawa ke mana-mana. Abang Nara paling suka dengan harganya. Bermula dengan RM1549 sahaja. Memang murah. Lagi best sebab ada USB port, HDMI port dan card reader. Berbaloi-baloi kalau anda ingin membelinya.
surface rtSurface RT dijana menggunakan cip pemprosesan NVIDIA Tegra 3 empat-teras, memori sebanyak 2GB RAM, dan dilengkapi dengan skrin bersaiz 10.6-inci dengan resolusi 1366×768 pixel. Ia turut dilengkapi dengan kamera hadapan dan belakang dengan sokongan rakaman HD 720p. Mantap kan?
surface rtSalah satu kehebatan Microsoft Surface RT ialah ketahanannya berbanding tablet lain. Abang Nara terkejut apabila Surface RT boleh digunakan sebagai skateboard dan boleh berdiri di atasnya tanpa mengalami sebarang kerosakan. Memang kebal sungguh!!
surface rtKetika Mizz Nina dengan penuh tenaganya membuat persembahan, Abang Nara telah pergi mencuba Microsoft Surface RT. Saiznya yang sederhana, ringan dan paparan skrin yang sangat jelas memang membuatkan diri ini jatuh cinta terhadap Surface RT.
surface rtTeringin juga Abang Nara nak membelinya. Memang best lebih-lebih lagi kalau tambah dengan Touch Cover. Boleh update blog dengan pantas, boleh edit file guna Microsoft Office, boleh main internet sepanjang masa dan paling penting, boleh guna OS Microsoft Windows 8 yang memang Abang Nara dah biasa guna.
surface rtUntuk maklumat lanjut mengenai Microsoft Surface RT, sila layari laman web Microsoft ini. Kalau anda beli, silalah bagitau Abang Nara. Boleh Abang Nara pergi try test dulu. Hehehe ~~

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...