Teruja Dengan Imej ‘Gagah’ Ketika Mengacara Program Lagu Cinta Kita, Netizen Suruh Azwan Ali Buang Imej Lembut

Hiburan

Teruja Dengan Imej ‘Gagah’ Ketika Mengacara Program Lagu Cinta Kita, Netizen Suruh Azwan Ali Buang Imej Lembut

Selepas muncul dalam program Lagu Cinta Kita sebagai pengacara di samping aktres Elly Mazlien, nama Azwan Ali kini menjadi tular apabila tampil dengan sisi berbeza dengan sebelum ini.

Muncul dengan karakter yang lebih kemas dengan imej rambut pendek dan bersut, rata-rata netizen teruja dan terkejut dengan penampilan terbaru Azwan Ali.

Advertisement

Menurut personaliti TV yang pernah terkenal sebagai pengacara suatu ketika dahulu, Azwan Ali,54, berkata dia perlu bersikap profesional dalam melaksanakan tugas sebagai pengacara program TV tanpa perlu mengundang sebarang kontroversi.

“Memang orang kenal imej Diva AA dengan perwatakan pondan, lembut dan kuat mencarut.Tapi kali ini saya kena hormat tanggungjawab sebagai pengacara program yang bersesuaian dengan imej dan watak,”

Meninjau ruangan media sosial seperti Twitter, ramai netizen mengucapkan selamat kembali bertugas setelah sekian lama menyepi dari bidang pengacaraan.

Malah, ada juga netizen berpendapat bahawa jika dia mengekalkan imej sedemikian, mungkin lebih banyak tawaran kerja ditawarkan dan pengacara sedia ada kini boleh tergugat dengan ‘come back’ Azwan Ali.

View this post on Instagram

Ke tepi, ke tepi #LaguCintaKita2 sudah kembali Menerap revolusi tergempar industri!

A post shared by Lagu Cinta Kita 2 (@lagucintakitaofficial) on

Meskipun begitu, Azwan tampil mengulas lanjut mengenai komen yang diberikan netizen dan berkata dia tidak akan sekali-kali menjadi hipokrit dan tetap akan menjadi diri sendiri.

“Kalau kita bergaya dan berpakaian smart semua untuk kerja, tak perlu kita menipu siapa kita di celah-celah masyarakat. Watak saya dekat luar pun lain cerita, saya taknak jadi hipkorit!” – Azwan Ali

Sumber : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...