“Tertuduh Simbah Air Panas Dekat Luka, Suruh Ambil Najis Makan” – Keterangan Saksi Kes Adik Bella

Trending

“Tertuduh Simbah Air Panas Dekat Luka, Suruh Ambil Najis Makan” – Keterangan Saksi Kes Adik Bella

Pastinya rakyat Malaysia tidak akan lupa tentang kes dera kanak-kanak yang menggemparkan negara pada tahun lalu.

Kes penderaan yang membabitkan kanak-kanak perempuan yang juga berstatus orang kelainan upaya (OKU) Sindrom Down dikenali sebagai adik Bella itu masih diingati ramai.

Advertisement

2 years ago

"Diikat, Dicili & Dijirus Air Panas" - Saksi Pendakwaan Siti Bainun Buka Cerita Sebenar Kes Dera Adik Bella

Kes tersebut kini masih dalam perbicaraan dan perkongsian tentang kenyataan saksi kes mendapat perhatian ramai selepas ia tular sejak semalam.

Ramai yang berkongsi tentang cerita itu termasuklah pelakon, Nabila Huda menerusi ‘posting’ di Instagram.

Menurut ‘post’ yang dimuat naik oleh pelakon yang mesra dipanggil Abil itu, saksi yang juga seorang remaja telah mendedahkan tentang kejadian dengan lebih terperinci.

Katanya, dia turut dipaksa oleh tertuduh, Siti Bainun Ahd Razali untuk membantunya semasa proses penderaan terhadap adik Bella dijalankan.

Masa tertuduh mandikan Bella, dia minta saksi ambil air panas, dia simbah dekat luka Bella yang masih bernanah.”

Bukan itu sahaja, tertuduh turut menggunakan kepala ‘water heater’ yang tengah panas dan tekap di dada Bella sebelum menyimbah air panas sehingga membuatkan kanak-kanak itu terberak.

Tertuduh suruh Bella ambil najis dia makan. Mula-mula Bella taknak, tertuduh ugut nak letak cili dekat luka-luka dia. Bella pun makan.”

Siti Bainun dituduh mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...