Seorang lelaki ditemui maut Di Sri Petaling, Kuala Lumpur selepas bertindak terjun dari tingkat 16 sebuah kondominium.
Menurut Zairulnizam Mohd Zainuddin selaku Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner, ketika kejadian lelaki berusia 60 tahun itu khabarnya sedang bersendirian di rumah tanpa ditemani ahli keluarganya.
Isterinya dikatakan sempat melihat suaminya sedang berdiri di luar tingkap ketika baru pulang ke rumah, Malah segera naik ke rumah untuk menghalang tindakan suaminya. Bagaimanapun, sebaik sahaja beliau masuk ke rumah, suaminya difahamkan telah terjun dari tingkat 16 kediaman mereka.
Berdasarkan siasatan awal, mangsa dilihat mula berubah sikap selepas disahkan menghidap kanser usus tahap tiga.
Terdahulu, mangsa dikatakan pernah cuba menggantung diri kerana merasakan dirinya tidak lagi berguna.
Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat dan kes diklasifikasian sebagai mati mengejut.