Tertekan Gagal Ujian Memandu 4 Kali, Lelaki Ini Acu Pisau Kepada Anggota JPJ

Trending

Tertekan Gagal Ujian Memandu 4 Kali, Lelaki Ini Acu Pisau Kepada Anggota JPJ

Setiap calon yang bakal menjalani ujian memandu pasti akan merasa gemuruh. Baru sahaja lihat anggota JPJ, terus jantung dah berdegup laju. Ramai juga yang kadang-kadang gagal sebab terlalu gementar. Memang ‘frust’ kalau terpaksa ulang balik ujian tersebut, tetapi janganlah sampai buat perkara yang tidak masuk akal seperti lelaki ini.

Advertisement

Terlalu tertekan kerana sudah gagal ujian memandu sebanyak 4 kali, dia bertindak ganas dengan mengacukan sebilah pisau kepada seorang anggota JPJ. Kejadian tersebut berlaku di Batang Benar, Mantin, Nilai sekitar jam 10.23 pagi. Ketika itu suspek lelaki berusia 18 tahun berkenaan menjalani ujian memandu bersama anggota JPJ berusia 34 tahun terbabit.

Sudah banyak kesalahan yang suspek lakukan termasuklah tidak berhenti ketika lampu isyarat merah menyala. Disebabkan itu, anggota JPJ meminta suspek memberhentikan kereta 50 meter dari persimpangan lampu isyarat. Namun, tanpa disangka suspek mengeluarkan pisau pemotong sayur berukuran 30 sentimeter dan menghunus pisau berkenaan pada rusuk kanan mangsa, bertegas mahu lulus ujian memandu.

Bagaimanapun, anggota JPJ terbabit berjaya membuka pintu kereta dan keluar menyelamatkan dirinya. Kemudian beliau menghubungi penyelia calon dan polis ke tempat kejadian. Suspek yang berjaya diberkas kemudian dibawa ke Balai Polis Mantin.


Ujian saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah.  Siasatan kes ini masih diteruskan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan bunuh.

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...