September 30th, 2020

Pernah dihimpit kontroversi yang membabitkan dirinya apabila wujud suara sumbang mendakwa dirinya sebagai “kaki mabuk”, penyanyi Ara Johari akui beliau tertekan sehingga terpaksa mengurungkan diri di rumah.

 Tertekan Dituduh ‘Kaki Mabuk’, Ara Johari Kurung Diri Dalam Rumah

Namun begitu, beliua tetap menzahirkan rasa syukur kerana mempunyai keluarga yang sentiasa memberi dorongan dan semangat kepadanya.

“Saya tahu apabila dah cebubri dunia hiburan pasti akan berdepan dengan kontroversi tapi saya tak jangka akan sampai seteruk ini. Ini pertama kali saya terpalit dengan kontroversi macam itu.”

 Tertekan Dituduh ‘Kaki Mabuk’, Ara Johari Kurung Diri Dalam Rumah

Biarpun terpaksa berdepan situasi ngeri seperti itu, namun Ara khabarnya nekad untuk bangkit semula dan enggan mempedulikan segala dakwaan liar netizen mengenai cerita-cerita panas yang tular mengenai dirinya.

“Sejujurnya saya memang rasa down sepanjang minggu itu sebab saya rasa macam mengarut. Kalau nak bercakap pun, janganlah sampai memfitnah saya yang bukan-bukan. Sepanjang waktu itu saya rasa tak nak keluar rumah. Saya rasa macam orang asyik cakap benda itu saja, saya jadi takut.”

 Tertekan Dituduh ‘Kaki Mabuk’, Ara Johari Kurung Diri Dalam Rumah

Terdahulu, Ara didakwa mempunyai masalah disiplin dan sengaja tidak hadir bagi menjayakan sebuah program hiburan gara-gara mengambil minuman keras.

Bagaimanapun, beliau difahamkan telah tampil menafikan dakwaan tersebut, malah tidak ketinggalan menjelaskan punca sebenar mengapa beliau terpaksa menarik diri di saat akhir  dan tidak dapat menjayakan program tersebut disebabkan faktor kesihatan.

Sumber: mStar


2 responses to “Tertekan Dituduh ‘Kaki Mabuk’, Ara Johari Kurung Diri Dalam Rumah”

  1. Anonymous says:

    who knows..mungkin ya mungkin idak..

  2. Anonymous says:

    come on la.. dia baik & suara sedap kot!. jgn la m=membawang cam hilang punca… btw, love sgt lagu racun hati tu. best gila

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...