Tertekan Dirogol Bapa, Remaja Perempuan Nekad Lari Dari Rumah

Trending

Tertekan Dirogol Bapa, Remaja Perempuan Nekad Lari Dari Rumah

Bertindak melarikan diri dari rumahnya sejak 1 November lalu, seorang remaja perempuan khabarnya tertekan dirogol bapa kandung sendiri secara berterusan sejak Februari.

Perbuatan keji itu terbongkar selepas mangsa tampil mendedahkan hal terbabit  kepada polis ketika menemuinya bersendirian di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur semasa mahu pulang ke rumah ibunya di Kuala Nerang, Kedah.

Advertisement

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak memaklumkan, mangsa dirogol secara berterusan setiap minggu kecuali ketika mangsa datang bulan tanpa pengetahuan sesiapa.

“Suspek dikatakan merogol mangsa pada awal pagi ketika semua ahli keluarga sedang tidur,”

Rentetan itu, mangsa kini dilihat takut dan tertekan sehingga didapati mahu membunuh diri dengan meminum cecair pencuci lantai, Jun lalu.

“Mangsa adalah anak tunggal yang masih bersekolah di sekolah menengah di daerah ini. Ibu bapanya sudah bercerai sejak 2004 iaitu sejurus selepas mangsa dilahirkan. Sebelum ini, mangsa tinggal bersama ibunya di Kuala Nerang, Kedah. Namun, pada September 2019, bapa kandungnya (suspek) mendapat hak penjagaan dan membawa mangsa tinggal bersama isteri serta empat anak tirinya di rumahnya,”

Berikutan laporan yang diterima, suspek kini telah berjaya ditahan di rumahnya pada 2 November lalu.

“Semakan mendapati suspek mempunyai rekod satu kes rogol sumbang mahram membabitkan adik iparnya pada 2004, manakala ujian saringan air kencing dilakukan terhadap suspek didapati negatif dadah,”

Untuk rekod, bapanya kini direman selama tujuh hari bermula 2 hingga 6 November ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 376A Kanun Keseksaan kerana melakukan rogol secara sumbang mahram.

Sumber: Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...