Tidak tahan terus dihimpit kontroversi dan dikecam netizen selepas nama lelakinya terdedah, usahawan Nur Sajat akhirnya membuat keputusan untuk membawa diri ke luar negara.
Menerusi akaun Instagramnya, Sajat memberitahu beliau meninggalkan Malaysia untuk menyambung pelajarannya. Sudah tidak mampu untuk menerima lagi segala tomahan yang dilemparkan. Harapnya selepas melanjutkan pelajaran, pemikiran beliau akan lebih terbuka.
Seperti biasa, ada yang meninggalkan komen agak ‘kejam’ dengan mengharapkan Sajat tidak perlu lagi balik ke tanah air.
Namun, ada juga netizen yang berharap agar satu hari nanti Sajat akan diberikan hidayah untuk berubah. Apa-apa pun, kita doakan yang baik-baik sahaja buat beliau.