Gara-gara merasa tertekan dengan kontroversi yang melanda dirinya, Shahir menerusi akaun Instagramnya menyatakan hasrat beliau untuk menarik diri daripada pentas akhir AF Megastar 2017 yang akan berlangsung pada hari Ahad ini.
Menurut Shahir, ada pihak yang cuba ingin menghancurkan kariernya yang baru sahaja ingin naik semula selepas tiga tahun beliau menyepi daripada industri hiburan Malaysia.
Kontroversi Shahir dan bersama seorang pramugari, Mona mula diperkatakan apabila foto mesra mereka berdua tersebar di Internet. Bagaimanapun, Shahir menafikan beliau mempunyai hubungan dengan Mona dan wanita itu cuma peminat beliau sahaja.