Tertekan Dengan Kecaman Netizen, Isteri Caprice Dimasukkan Ke Hospital

Hiburan

Tertekan Dengan Kecaman Netizen, Isteri Caprice Dimasukkan Ke Hospital

Penyanyi rap dan usahawan selebriti popular, Caprice memaklumkan isterinya, Farra Inalis Hussni mungkin mengalami tekanan dan kepenatan keterlaluan yang menjadi punca dirinya tiba-tiba rebah.

Menurut Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, dua hari lalu isterinya ada mengadu mengalami sakit kepala namun menganggap ia tidak terlalu serius memandangkan sejak dari kecil, Elis mempunyai masalah tekanan darah rendah.

Advertisement

Caprice, 33, menceritakan apabila isterinya nak pergi ambil sesuatu di dapur, dia rebah dan tak boleh bergerak.

Elis cuma cakap dia tak nampak apa-apa, pandangannya jadi kabur selain dengar deringan di telinganya. Saya tak tunggu lama, terus bawa dia ke hospital.

Tambah Caprice, semasa menerima rawatan di hospital, doktor yang merawat memberitahu kemungkinan Elis disyaki mengalami vertigo selain dinasihatkan untuk dibawa berjumpa dengan doktor pakar atau kardiologi.

Mungkin antara sebab dia jadi begitu kerana keletihan melampau. Mungkin dia tak biasa dengan cara kerja saya.

Tambahan pula, sejak kami berkahwin, akaun TikToknya memang selalu kena serang netizen. Jadi, dia sudah lama menanggung tekanan dan stres mungkin.

Terdahulu, Caprice, ada berkongsi satu rakaman video ringkas di Instagramnya yang memaparkan isterinya, Elis, terbaring dan sedang menerima rawatan di sebuah hospital.

Menerusi ruangan kapsyen, Caprice menyalahkan diri sendiri kerana sejak berkahwin, Elis sudah kehilangan hak privasi dan dihujani kecaman daripada netizen kerana isu seksi dan sebagainya.

Caprice turut meminta agar semua pihak berhenti mengecam isterinya dan keluarga.

Baca: “Takkan Nak Teruskan Hubungan Haram..” Soalan Aleesya Buat Caprice tersentak, Ambil Keputusan Nak Kahwin

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Utusan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...