Tertekan Dengan Industri Seni, Nana Sheme Berehat Dari Media Sosial

Hiburan

Tertekan Dengan Industri Seni, Nana Sheme Berehat Dari Media Sosial

Selepas tiga tahun menyepi dalam industri seni, penyanyi Nana Sheme kini bangkit kembali aktif namun tetap akui menghadapi masalah untuk mencapai jakaan yang diharapkan.

nana sheme

Advertisement

Nana bagaimanapun mengambil pendekatan untuk berehat daripada media sosial bagi mendapatkan momentum semula sebagai penyanyi.

Menurut penyanyi yang terkenal dengan lagu “Hantu atau Buaya” ini, beliau akui untuk mendapatkan semula namanya agak sukar. Hal ini demikian kerana, mengulas mengenai tekanan yang dihadapi, Nana difahamkan terpaksa mengubah sikap pendiamnya kepada seorang yang peramah ketika bekerja.

Tambah Nana, industry seni kini bagaikan berbeza jika dibandingkan dengan tahunmula-mula beliau berkecimpung sekitar 2014.

“Tapi sekarang ni, benda dah jadi terbalik di mana saya perlu puaskan hati orang, ikut kehendak peminat dan pendengar.”

Ujarnya lagi, beliau dikhabarkan masih belum mampu menyesuaikan diri dengan norma baharu. Katanya, semua orang menjangkakan sesuatu yang lebih daripada apa yang beliau mampu lakukan.

Nana berkata, beliau langsung tidak berniat untuk meraih publisiti kerana keputusan yang beliau lakukan ini tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

Malah menegaskan dia perlu bersikap lebih profesional atas tanggungjawabnya terhadap pihak pengurusan.

Sumber: mStar

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...