Gelagat Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sering meraih perhatian kerana dilihat mesra serta peramah dengan rakyat jelata tidak kira di mana.
Kerana sikapnya itu, ramai rakyat tidak berasa takut untuk mendekati dan meminta izin merakamkan video mahu pun gambar ketika terserempak dengannya.
Seperti dua jemaah wanita dari Malaysia ini yang terserempak dengan baginda ketika sedang berjalan di sekitar Masjidil Haram.
Apa yang mencuri perhatian adalah apabila baginda dilihat berlari-lari anak ke arah mereka untuk menunaikan permintaan merakamkan moment tersebut.
Tindakan baginda meraih pujian ramai warganet di TikTok yang memujinya kerana begitu ramah dan melayani permintaan rakyat meskipun dalam keadaan tergesa-gesa.
Bagaimanapun, segelintir individu menegur jemaah wanita itu untuk memandang dan bertentang mata dengan Tunku Azizah kerana baginda sanggup ke arah mereka.
Macam tak best pula. Kita panggil orang tapi eye contact pun tiada.”