Pelakon terkenal Indonesia, Dian Sastrowardoyo menjadi bahan bualan peminat negara seberang apabila dia dikatakan enggan bergambar dengan peminat sekaligus dilabel sebagai seorang yang sombong dan berlagak.
Berikutan itu, Dian tampil menjelaskan perkara sebenar malah tidak menafikan mengenai perkara itu.
Ujar Dian, dia mengaku menolak banyak permintaan peminat kerana mempunyai prinsip dalam hidup.
Kalau sewaktu bersama keluarga misalnya kami keluar ke pusat beli belah, saya tidak akan melayani permintaan apapun atau siapapun untuk bergambar.
Itu janji saya kepada keluarga. Tapi kalau sedang bekerja misalnya lagi promosi atau sesi bertemu peminat, saya akan menunaikan permintaan mereka.
Jelasnya, dia telah membuat perjanjian dengan anak dan keluarga untuk tidak melayan peminat termasuklah mengambil foto ketika sedang menghabiskan masa bersama.
Bagi aktres itu, saat dia tidak bekerja dia adalah milik anak-anak dan keluarganya dan enggan memenuhi hajat orang lain.
Jadi kalau nak marah, nak cakap saya sombong, terserah. Kerana saat menjadi ibu, jadi isteri, saya cuba untuk melakukannya sebaik mungkin.