Tersenyum Gembira, Tealive Beri Minuman Percuma Buat Staf Hospital Bertugas Urus Pesakit COVID-19

Trending

Tersenyum Gembira, Tealive Beri Minuman Percuma Buat Staf Hospital Bertugas Urus Pesakit COVID-19

Penularan COVID-19 di serata Malaysia kini nyata membimbangkan seluruh rakyat. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) saban hari mengingatkan semua orang supaya mengamalkan langkah pencegahan seperti mencuci tangan sekerap mungkin, memakai topeng muka, menjaga jarak dengan orang lain ketika di tempat awam dan banyak lagi.

Meskipun masyarakat berlu berwaspada tetapi kakitangan perubatan yang bertugas di barisan hadapan untuk mengekang COVID-19 ini juga berisiko tinggi untuk dijangkiti virus tersebut. Seperti yang diketahui semua, Hospital Sungai Buloh telah dijadikan sebagai pusat perubatan yang dikhususkan untuk merawat kes COVID-19. Jadinya, setiap kakitangan di fasiliti ini sedang bertungkus-lumus bagi merawat setiap kes yang disahkan positif virus ini.

Advertisement

kakitangan perubatan di hospital sungai buloh

Bagi menghargai pengorbanan kesemua kakitangan ini, jenama ‘bubble tea’ terkenal iaitu Tealive telah mengambil kesempatan ini untuk memberikan minuman percuma kepada kesemua staf di Hospital Sungai Buloh.

Daripada gambar yang dimuat naik oleh Tealive Asia itu dapat dilihat senyuman lebar yang diberikan oleh kakitangan di institusi kesihatan berkenaan.

Membawa kegembiraan kepada kakitangan kesihatan di Hospital Sg Buloh. Melihatkan senyuman yang menghiasi wajah anda semua membuatkan hari kami lebih gembira. Terima kasih kerana mendedikasikan masa dan usaha untuk memastikan kami selamat dan sihat.

Kebanyakan netizen memuji tindakan Tealive yang baik ini. Bagi mereka, pengorbanan kesemua staf perubatan ini patut mendapat penghargaan walaupun kecil. Rata-ratanya juga berharap agar jenama yang lain dapat menghulurkan bantuan seperti ini, sama seperti apa yang berlaku kepada petugas media di hadapan Istana Negara tempoh hari.

Semoga semua kakitangan perubatan yang menguruskan kes COVID-19 berada dalam keadaan baik-baik sahaja.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...