Perkongsian seorang individu dalam satu video yang dimuat naik di TikTok baru-baru ini telah meraih perhatian dan membuka mata serta hati ramai pihak.
Menerusi rakaman itu, dia yang merupakan pemandu e-hailing telah berkongsi tentang salah seorang penumpang warga emas yang menggunakan servisnya.
Katanya, pada awal ketika menerima tempahan tersebut dia berbicara di dalam hati tentang jarak di antara lokasi dia perlu menjemput penumpang itu ke rumahnya sangat dekat.
Rumah seberang jalan pun nak order Grab ke?
Dalam kejadian yang berlaku di Pulau Pinang itu, perasaan ingin tahu dan tanda tanya dalam dirinya akhirnya terjawab apabila dia tiba di lokasi untuk menjemput penumpang tersebut.
Ternyata rupa-rupanya, warga emas tersebut yang memakai tongkat mempunyai kesukaran untuk berjalan dan ketika itulah hatinya tersentak dan membuka matanya.
@ceofreedom2Minta maaf yerr🥲♬ Heart touching sad piano – Yuda Pratama
Hantaran itu meraih perhatian ramai yang bermuhasabah diri untuk sentiasa berfikiran positif dan bersangka baik terhadap orang yang tidak dikenali.
Allah nak ajar abang supaya sentiasa bersangka baik hatta sekecil-kecil benda.
Dalam pada itu, ada juga yang berterima kasih kepadanya kerana menerima tempahan warga emas terbabit dan berkata tidak dapat membayangkan perasaan lelaki berkenaan sekiranya tiada pemandu e-hailing yang menerima tempahannya pada waktu dia memerlukan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.