Sebelum ini, imej seksi yang sering dipaparkan oleh penyanyi Indonesia, Bunga Citra Lestari sering kali menjadi perhatian ramai tetapi dia sama sekali tidak mengambil endah kecaman yang diterima.
Kali ini, sekali lagi BCL menjadi bualan ramai setelah dia memuat naik video berada di kelab malam sambil dikelilingi lelaki dan bernyanyi di sana.
Bukan sahaja itu yang membuat netizen ‘panas’ melihatnya, malah pakaian seksi hingga nampak lurah dada selebriti itu juga membuat netizen tidak senang duduk.
View this post on Instagram
Meninjau di ruangan komen video tersebut, rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa terhadap isteri Allahyarham Ashraf Sinclair yang juga merupakan seorang selebriti.
Netizen kebanyakkannya berpendapat pakaian seksi yang dipakai oleh BCL itu membuat arwah suami terseksa di kubur tetapi dalam pada masa yang sama, ada juga meluahkan rasa syukur melihat wanita tersebut kini sudah semakin bahagia dari yang sebelum ini.
Sekadar info, BCL dan arwah Ashraf Sinclair mendirikan rumah tangga sekitar tahun 2008 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Noah Aidan.