Pempengaruh media sosial terkenal, Farah Lee baru-baru ini menerima kecaman daripada warga maya berikutan kandungan Instagramnya ketika berada di Korea Selatan dipertikai netizen.
Dalam satu hantaran yang dimuat naik Farah, dia dilihat ada menikmati sotong yang masih hidup dan bergerak.
Katanya dalam video tersebut, rasa sotong yang dijamahnya itu sedap dan sesiapa yang berkunjung ke negara tersebut perlulah mencubanya sekali seumur hidup.
View this post on Instagram
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen mempersoalkan hukum makan haiwan atau makanan laut yang masih hidup.
Ada juga individu yang tampil menjelaskan bahawa hukum memakan hidangan yang masih bernyawa adalah makruh.
Makruh makan haiwan yang masih hidup.
Berlakulah ihsan kepada haiwan. Mereka pun makhluk Allah seperti kita.
Namun begitu, bekas isteri kepada personaliti TV Ally Iskandar ini tidak berdiam diri dan ada telah memberi respon terhadap kritikan yang diterimanya itu.
Sotong tu bukanlah hidup yang hidup tu, sebelum dipotong dia dah dimatikan dulu.
Yang bergerak-gerak tu is the nerve activity, yang membuatkan tentacles dia posthumously masih hidup. Jadi kita tak seksa dia pun makan macam ni.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.