Hari ini tersebar satu lagi video dan aduan dari penerima vaksin yang mendakwa telah disuntik dengan picagari yang tidak ditekan.
Kejadian itu berlaku di PPV pandu lalu di Kem Lapangan Terbang Sungai Petani yang dikhaskan untuk anggota ATM dan ahli keluarga. Semua proses suntikan juga dilakukan oleh petugas daripada Rumah Sakit Angkatan Tentera (RSAT) kem berkenaan.
WEHHH CARI LOCATION KAT MANA NI!! SANGGUP NURSE TU TIPU VAKSIN TU TAK CUCUK PON!! pic.twitter.com/wkuZPGAxFw
— ? (@rajasarrah) July 19, 2021
ATM sudah membuat siasatan mengenai kejadian itu dan individu terbabit sudah dipanggil untuk memberi penjelasan. Tindakan tatatertib sudah diambil ke atas petugas vaksinasi berkenaan. – Kata maklumat Harian Metro.
Pihak Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 bagaimanapun telah memulakan siasatan selepas beberapa individu mendakwa mengalami nasib yang sama ketika mendapat suntikan di PPV Kedah, Kuala Lumpur dan Selangor.
Petugas yang didapati bersalah akan dikenakan tindakan tegas dan mereka juga boleh ditamatkan perkhidmatan.