Tersebar Kini Dokumen Sulit AS Mendakwa CIA Ada Pejabat Rahsia Di Kuala Lumpur Dan Kuching

Trending

Tersebar Kini Dokumen Sulit AS Mendakwa CIA Ada Pejabat Rahsia Di Kuala Lumpur Dan Kuching

Dokumen Rahsia JFK Dedah CIA Pernah Ada Pejabat di Rantau Malaysia

Baru-baru ini, ribuan dokumen rahsia berkaitan pembunuhan Presiden Amerika Syarikat (AS), John F. Kennedy (JFK), didedahkan, termasuk maklumat bahawa Agensi Perisikan Pusat (CIA) pernah memiliki dua Pejabat Medan di Malaysia – satu di Kuala Lumpur dan satu lagi di Kuching, Sarawak, memetik New Straits Time.

Advertisement

Dokumen rahsia jfk

Pejabat-pejabat ini adalah sebahagian daripada rangkaian global CIA yang merangkumi 84 negara, namun butiran spesifik mengenai operasi mereka di Malaysia tidak didedahkan sepenuhnya.

Pendedahan ini menunjukkan kepentingan strategik Malaysia dalam perisikan global, terutama ketika era Perang Dingin.

Dokumen ini merupakan sebahagian daripada ribuan fail berkaitan kes pembunuhan JFK pada tahun 1963.

Cia pengkalan medan

JFK secret file includes kl and sarawak cia office

Pada 17 Disember 2022, AS telah mendedahkan 13,173 dokumen, sementara pada 11 Februari 2025, FBI mendedahkan lebih banyak fail yang sebelum ini dirahsiakan.

Pendedahan ini menimbulkan persoalan dalam kalangan netizen mengenai hubungan diplomatik Malaysia-AS pada masa lalu, termasuk sejauh mana kerajaan Malaysia ketika itu menyedari kewujudan dan peranan pejabat CIA di negara ini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

leia mayssa sambung belajar mit
1 week ago

Berjaya Sambung Pelajaran Ke MIT Dalam Jurusan Sains Komputer , Ini Kejayaan Luar Biasa Adik Leia Mayssa

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : NST

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...