“Tersasul Waktu Bercakap” – Nabil Mahir Beri Respon Isu ‘Berpeluh-Peluh’ Buat Anak Kedua

Hiburan

“Tersasul Waktu Bercakap” – Nabil Mahir Beri Respon Isu ‘Berpeluh-Peluh’ Buat Anak Kedua

Personaliti TV, Nabil Mahir tampil memohon maaf kepada mereka yang kurang senang dan terganggu dengan caranya mengumumkan kehamilan kedua isteri, penyanyi Ayda Jebat tempoh hari.

Ditemui Gempak, dia sebenarnya terkejut dan tidak sangka dikecam gara-gara kenyataannya itu.

Advertisement

Saya pun terkejut sebab selepas pengumuman itu saya tak ada pula lihat komen-komen di media sosial jadi tak tahu ada yang tidak senang.

Sejujurnya saya cuma nak berkongsi berita gembira itu sahaja dengan cara tersendiri tapi saya minta maaf jika ia menyinggung sesetengah pihak.

Jelas Nabil, dia sebenarnya tersasul ketika bercakap dan ingin menyebut ‘bersungguh-sungguh dan bukannya berpeluh-peluh.

Selepas cakap itu baru saya beritahu Ayda eh apa saya cakap tadi dan ia berlalu begitu sahaja.

Kata Nabil, dia tidak pernah membaca komen-komen netizen di media sosial kerana ingin menjadi emosi sendiri dan tidak terkesan dengan apa jua kecaman yang diterima.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Official Hlive (@officialhlive)

Saya memang tak baca komen atau apa jua berita di tabloid sebab saya juga perlu jaga emosi dan pastikan saya gembira.

Terdahulu, Ayda yang kini sedang hamil lima bulan menjadi tumpuan apabila suaminya, Nabil Mahir ada membuat pengumuman berbunyi tidak sopan iaitu ‘berpeluh-peluh untuk mendapatkan anak kedua’.

Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021 dan menerima cahaya mata pertama, Ana Nayla pada 21 September 2021 yang lalu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

nabil mahir
1 year ago

"Dah Hilang Sifat Malu!"- Nabil Mahir Teruk Dikecam Umum Secara Terbuka Berpeluh-Peluh Buat Anak Kedua

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak.com

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...