Seorang wanita tular baru-baru ini selepas video kejadian yang menimpanya dikongsikan di media sosial kerana ia ‘kemalangan’ yang jarang berlaku kepada orang ramai.
Menerusi video itu, wanita berkenaan mengalami kesukaran apabila aksesori tindik yang dipakai di hidungnya telah tersangkut pada kerusi di tempat kerja. Rakan-rakannya dilihat mengerumuni wanita itu yang tidak dapat bangun dari kerusi dan mereka turut cuba memikirkan cara bagaimana untuk membantunya.
Selepas buntu dan tidak dapat menyelesaikan masalah itu, mereka memilih untuk membawa wanita itu ke balai bomba berdekatan menaiki kereta dan situasi tersebut agak mencuit hati apabila dia terpaksa bergerak bersama-sama dengan kerusi berkenaan.
Apabila tiba, beberapa anggota bomba dilihat menarik wanita itu yang sedang duduk di kerusi dan sempat berseloroh mahu menggunakan alat seperti kapak dan mesin gergaji untuk memotong bahagian kerusi tersebut.
Kok bisa nyangkut gitu gimana awalnya..
(ig porteegoods ) pic.twitter.com/U3GW4FNTDe
— (@Pai_C1) January 11, 2025
Kejadian itu berlaku di negara jiran, Indonesia dan telah menarik perhatian ramai warganet selepas video tersebut dimuat naik dan tular di platform X.
Seorang individu sempat berkongsi jenis kerusi jenama Herman Miller itu dan menunjukkan harganya yang bernilai lebih 19 juta Rupiah (kira-kira RM5,257).
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.