Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memuji pelakon dan penyanyi Bella Astillah sebagai seorang wanita besi yang sangat berdedikasi mencari rezeki.
Menurutnya, meskipun beliau sibuk dengan tugas rasmi sebagai wakil rakyat, jadual kerja Bella jauh lebih padat. Katanya ketika menghadiri majlis pensijilan halal Thong Bowl di IOI Putrajaya,
Saya sangat selesa bekerja dengan Bella. Seawal pagi dia sudah mula bekerja dan itu bukan perkara mudah. Orang mungkin hanya nampak dari sisi hiburan, tetapi saya mengenali dia lebih daripada itu.
Mengulas kemungkinan Bella terjun ke dunia politik, Syed Saddiq menyerahkan keputusan kepada pelakon itu. Katanya, setiap individu mempunyai kemahiran dan minat tersendiri, dan Bella sudahpun berkhidmat kepada masyarakat dengan caranya. Jelasnya,
Setiap kali saya turun ke kampung, ramai maklumkan Bella sudah kerap berada di sana membantu.
Terdahulu, Bella dan Syed Saddiq sering mendapat pujian kerana rajin turun padang menghulur bantuan, termasuk di kawasan pedalaman Sabah.