“Terpulang Jika Ada Nak Buat Spekulasi” – Isu Komen ‘Jangan Rentas Negeri’, Fazura Nafi Sindir Sesiapa

Hiburan

“Terpulang Jika Ada Nak Buat Spekulasi” – Isu Komen ‘Jangan Rentas Negeri’, Fazura Nafi Sindir Sesiapa

Umum mengetahui terdapat beberapa kes melibatkan selebriti dan instafamous yang dikecam netizen selepas memaparkan mereka merentas negeri ketika situasi pandemik yang masih belum surut ini.

Pun begitu, komen Fazura sebagai juri semasa Muzikal Lawak Superstar 2 (MLS2) mengenai pematuhan prosedur operasi standard (SOP) baru-baru ini nyata mencuri perhatian ramai.

Advertisement

“Patuhi SOP, jangan rentas negeri.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

Meskipun ringkas sahaja kenyataan tersebut, namun kebanyakan netizen mengaitkan perkara tersebut dengan isu panas pada ketika ini iaitu mengenai Neelofa dan suami, PU Riz yang menerima pelbagai kritikan disebabkan oleh hal rentas negeri.

BACA: Neelofa Akui Kesilapan Dan Mohon Maaf Kepada Semua

Tepis Fazura, dia langsung tidak pernah terlintas mahu menyindir sesiapa kerana itu bukanlah sifatnya. Katanya, dia lebih senang menguruskan hal sendiri dan memberikan fokus kepada keluarga dan kerjaya, bukannya mencampuri urusan orang lain.

“Tak pernah terfikir pun nak menyindir sesiapa. Memang saya seorang yang suka berterus terang. Kalau ada yang nak buat spekulasi, terpulang. Masa dan fikiran saya hanya untuk keluarga serta kerjaya.”

fazura

Malah tegas wanita itu, komen itu dibuat berdasarkan bahan jenaka kumpulan UNI pada malam itu

“Sebagai seorang juri, saya mempunyai tugas untuk memberi komen berkaitan dengan persembahan peserta. Sebagai figura awam juga, saya ada hak untuk bersuara. Saya menyampaikan mesej yang baik.”

Bukan menyindir tapi sekadar peringatan buat semua.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...