Terpotong Jari Sehingga Terkena Tulang, Puteri Aishah Jalani Pembedahan Kecil

Hiburan

Terpotong Jari Sehingga Terkena Tulang, Puteri Aishah Jalani Pembedahan Kecil

Pelakon filem Pulang, Puteri Aishah dilaporkan telah mengalami kecederaan parah di bahagian jari kelingking tangan kirinya setelah dihiris pisau.

Perkara tersebut telah diberitahu oleh pengurus Puteri Aishah, Iman Tang yang memaklumkan perkembangan terkini aktres berkenaan.

Advertisement

Menurut Iman, Puteri Aishah telah dimasukkan ke sebuah pusat perubatan swasta petang Isnin lalu dan dikehendaki menjalani pembedahan dengan segera.

“Ketika kejadian, Puteri sedang memotong buah Avocado namun telah terhiris pisau di bahagian jari kelingkingnya sehingga terkena bahagian tulang. Kecederaan dialami dia agak serius kerana saraf pada bahagian jari itu terputus serta sangat membimbangkan.”

Menurut Iman, mujur pada ketika kejadian itu berlaku, Puteri Aishah ditemani oleh seorang teman kerana dia telah mengalami pendarahan yang agak banyak.

Tambahnya lagi, pembedahan perlu dilakukan dengan segera kerana Aishah berkemungkinan mengalami kecacatan kekal pada jari tersebut jika terlambat mengambil tindakan susulan.

Difahamkan, pelakon berbakat itu telah selamat menjalani pembedahan dan masih belum sedar kerana kesan bius ketika dihubungi media pada malam tadi.

Semoga cepat sembuh diucapkan buat Puteri Aishah!

Sumber : Astro Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...